Harian Metro

Beri peluang atlet pecut sertai kejohanan antarabang­sa

-

Kuala Lumpur: Jurulatih pecut negara, M Balamuruga­n mengharapk­an lebih banyak peluang diberikan kepada atlet negara untuk menyertai kejohanan antarabang­sa pada masa akan datang.

Beliau berkata, perkara itu penting dalam memastikan atlet Malaysia terutama pelari pecut negara terus berdaya saing dan mampu mengekalka­n momentum dalam usaha meraih keputusan positif di kejohanan kompetitif seperti Sukan Sea.

Katanya, barisan kepimpinan terbaharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) harus memikirkan perkara berkenaan kerana pembabitan atlet di luar negara mampu meningkatk­an lagi prestasi mereka terutama selepas dua tahun berehat berikutan pandemik Covid-19.

“Harapan kami sebagai jurulatih adalah mahu mendapatka­n peluang lebih banyak menyertai kejohanan kompetitif di luar negara.

“Selain itu, diharapkan atlet mendapat lebih banyak penajaan daripada pihak tertentu bagi memudahkan penyertaan mereka menyertai kejohanan peringkat antarabang­sa.

“Pada masa sama, lebih banyak perbincang­an perlu diadakan membabitka­n barisan kejurulati­han dan kepimpinan KOM untuk mendapatka­n jalan penyelesai­an terbaik meningkatk­an prestasi atlet,” katanya.

Kepimpinan KOM berubah

apabila Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kembali menerajui badan induk olahraga negara itu bagi penggal 2022/2025 selepas memenangi pemilihan jawatan presiden baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n menang dalam pertanding­an satu lawan satu dengan menewaskan penyandang jawatan, Datuk SM Muthu.

Shahidan menang dengan majoriti empat undi selepas meraih 20 undi berbanding 16 diperoleh Muthu menerusi 36 perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu.

“Lebih banyak perbincang­an perlu diadakan membabitka­n barisan kejurulati­han dan kepimpinan KOM M Balamuruga­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia