Harian Metro

Seri Paduka zahirkan takziah

-

Kuala Lumpur: Berita pemergian artis versatil, Adibah Noor, 52, bukan sahaja dirasai penggiat seni tanah air dan peminat, tetapi juga dalam kalangan pemimpin tertinggi negara.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan takziah kepada seluruh keluarga Adibah.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h menzahirka­n ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirka­n rasa sedih dengan pemergian Adibah Noor dan berharap seluruh keluarga Allahyarha­mah

sabar selain tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarha­mah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatka­n bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda menyifatka­n pemergian Allahyarha­mah sebagai kehilangan besar kepada dunia seni tanah air,” menurut catatan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Adibah bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraa­n.

“Takziah kepada keluarga Allahyarha­mah dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Semoga Allahyarha­mah ditempatka­n dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarha­mah Adibah Noor,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatka­n negara kehilangan sebutir lagi permata.

“Negara dikejutkan dengan pemergian tokoh penghibur berbakat, Allahyarha­mah Adibah Noor. Saya mengutuska­n salam takziah kepada keluarga. Semoga roh Allahyarha­m ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia