Harian Metro

Pembantu peribadi ajar mengucap

-

‘ Selepas itu saya panggil doktor dan jururawat, kemudian sekejap itu saja dia dah tiada. Dia senang pergi”

Kuala Lumpur: “Dalam jam 6 petang (kelmarin) arwah sesak nafas. Saya sempat ajar dia mengucap dan dia sangat okey.

“Selepas itu saya panggil doktor dan jururawat, kemudian sekejap itu saja dia dah tiada. Dia senang pergi.”

Demikian kata pembantu peribadi Adibah Noor yang dikenali sebagai Tod berkongsi detik akhirnya bersama Allahyarha­mah Adibah Noor.

Tod yang sudah 17 tahun berkhidmat untuk Adibah berkata, keadaan Allahyarha­m kelihatan okey sahaja.

“Cuma kemoterapi kedua ini dia rasa macam seluruh badannya kebas. Dia tak larat sangat, tapi pagi tadi (kelmarin) makannya okey dan semuanya okey.

“Semasa dia menghembus­kan nafas terakhir, saya di luar kerana doktor buat rawatan kecemasan. Saya tak sangka dia akan pergi.

“Arwah baik dan sangat senang bekerjasam­a. Allahyarha­mah menjalani pembedahan pada April lalu.

Dia juga sempat dua kali buat kemoterapi dan semangatny­a kuat,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Namron, 52, berkongsi rasa duka dengan berita pemergian penyanyi, Adibah Noor, 52, yang disifatkan kehilangan cukup besar.

Namron atau nama sebenar Shahili Abdan berkata, dia mengetahui berita Adibah menghidap kanser beberapa bulan lalu dan sempat berlakon dengannya.

“Februari lalu, kami berlakon bersama dalam filem Eraser sebagai suami dan isteri. Bulan lalu, Datuk Zainal Abidin beritahu saya Adibah mengidap kanser dan selamat menjalani pembedahan Ramadan lalu,” katanya.

Tod

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia