Harian Metro

‘Kami pun lambat tahu’

Nasib 30 kucing peliharaan arwah Adibah dalam tanda tanya

-

“Adik saya (Allahyarha­mah Adibah) memberitah­u kami dia sakit pun, lambat. Dia cakap beberapa bulan yang lalu kerana dia sendiri tahu dirinya sakit pun sudah terlambat.”

Demikian kata abang Allahyarha­mah penyanyi Adibah Noor yang hanya mahu dikenali sebagai Bang Ngah atau Angah mengenai keadaan adiknya yang menghidap penyakit kanser ovari tahap empat sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di sini, petang kelmarin.

Angah berkata, keluargany­a dimaklumka­n mengenai penyakit dihidapi arwah beberapa bulan yang lalu. “Rawatan dan pembedahan­nya lancar tapi rezeki dia sudah begitu, kita pun tak tahu. Baru-baru ini kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya. Pada Khamis lalu, kami diberitahu dia menjalanka­n kemoterapi circle keenam atau ketujuh, saya tak pasti. Dos diberi lebih sedikit untuk membuang sel-sel kanser tersebut.

“Jadi mungkin dos itu terlalu kuat untuk dia. Tapi saya tak pasti, itu kena tanya doktor,” katanya.

Ditanya mengenai keperibadi­an adiknya, Angah berkata arwah seorang yang peramah dan mesra dengan semua anak saudara dan juga saudara-mara.

“Dengan anak-anak buah pun dia baik. Dia ada berpesan pada mereka untuk belajar baik-baik,” katanya.

Dalam masa yang sama, Angah berkata, dia akan berbincang dengan keluarga mengenai nasib 30 kucing peliharaan Adibah.

“Kita belum fikir lagi soal kucing sebab nak selesaikan urusan jenazah ini dulu. Mungkin selepas kami jumpa kawan-kawannya untuk uruskan perkara itu. Tak silap saya, kucing peliharaan­nya ada dalam 30 ekor,” katanya.

“Rawatan dan pembedahan­nya lancar tapi rezeki dia sudah begitu Angah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia