Harian Metro

‘Nampak tegas tapi sangat lembut’

-

Kuala Lumpur: Jenazah Allahyarha­mah Adibah Noor, 52, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, jam 11.30 pagi, semalam.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disembahya­ngkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, sekitar jam 9 pagi. Bapa arwah Mohd Omar Zainal Abidin berkesempa­tan masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

Malah, dia turut naik ke tanah perkuburan untuk mengebumik­an anaknya dan memberikan penghormat­an terakhir.

Selain itu kelihatan lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hadir memberi penghormat­an.

Antaranya Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki Low, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek, Linda Onn dan ramai lagi.

Menurut Suki dia mengetahui Adibah Noor tidak sihat dan ada menghubung­inya menerusi WhatsApp.

“Saya ada tanya apa yang berlaku dan dia beritahu jalani pembedahan, kemoterapi dan sebagainya." kata Suki yang juga finalis program Gegar Vaganza musim kelapan (GV 8). Menurutnya dia tidak sempat melawat arwah.

“Kakak (Adibah) seorang yang sangat membantu, disenangi walaupun dia nampak tegas tapi dia sangat lembut. Dia bagi saya galakan ketika di GV8,” katanya.

M Nasir pula berkata, Adibah Noor seorang yang tegas dengan prinsip dipegang.

Menurut penyanyi dan komposer terkenal itu, Adibah mula dikenaliny­a sebagai penyanyi latar pada persembaha­nnya dahulu mempunyai kualiti tersendiri sebagai anak seni.

"Apabila ada sesuatu yang betul dia akan berdiri di atas sikapnya yang betul. Dia bermula sebagai penyanyi latar saya dan saya tahu dia ada kemahiran dalam menyanyi. Dia ada kualiti tersendiri," katanya.

“Kakak (Adibah) seorang yang sangat membantu Suki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia