Harian Metro

Minta RM1k pulang semula kad UNHCR

-

Kuala Lumpur: Seorang pegawai penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman sehari bagi membantu siasatan kes rasuah RM1,000 berhubung kad Suruhanjay­a Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) milik seorang pekerja.

Sumber Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman dikeluarka­n oleh Majistret Syafiqah Noorinda di Lokap Berpusat Dang Wangi di sini kelmarin.

“Suspek yang berusia 32 tahun ditahan sekitar Sentul

pada kira-kira 10 malam, semalam,” katanya. Menurut sumber, suspek dipercayai meminta RM1,000 daripada seorang pemilik kedai sebagai balasan memulangka­n kad UNHCR pekerjanya yang diambil semasa pemeriksaa­n di premis itu pada 17 Mei lepas kerana disyaki penagih dadah.

Pengarah

SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman mengesahka­n tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Hulu Selangor:

“Suspek yang berusia 32 tahun ditahan sekitar Sentul kira-kira 10 malam SPRM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia