Harian Metro

Hasrat bawa ibu tunai umrah tak kesampaian

-

Hasrat seorang remaja mahu menghantar ibunya ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian apabila mangsa maut dirempuh kereta.

Dalam kejadian 7.48 pagi kelmarin, mangsa, Mohamad Hazeem Haiqal Shuhaimi, 18, bersama seorang lagi rakannya meninggal dunia sejurus terbabit kemalangan di Kilometer 75, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Taman Keliang, Kalumpang di sini.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi perkongsia­n di Facebook rasminya menzahirka­n rasa simpati atas tragedi yang berlaku.

Menurut perkongsia­n itu, arwah dan keluargany­a adalah penerima bantuan zakat dan Bantuan Dermasiswa LZS.

“Arwah bukan daripada keluarga yang senang. Selalu

menggunaka­n ruang yang ada untuk mencari duit dan tekad membantu keluarga.

“Bagaimanap­un, hajat untuk membawa ibunya menunaikan umrah tidak kesampaian...Allahuakba­r,” kata kenyataan itu.

Menurut LZS, baru-baru ini Allahyarha­m menerima keputusan cemerlang pada peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Guru-guru memaklumka­n betapa sukarnya arwah ingin belajar sehingga terpaksa ke kedai mamak semata-mata untuk mendapatka­n internet laju dan percuma.

“Arwah sangat disenangi dengan guru dan rakan-rakannya di sekolah selain aktif dalam Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani,” katanya.

Menurut LZS, Allahyarha­m juga menyatakan hasmenjadi rat ingin seorang pendakwah suatu hari nanti.

Sehubungan itu, warga kerja LZS mendoakan supaya roh Allahyarha­m ditempatka­n dalam kalangan orang beriman.

 ?? ?? HAZEEM bersama rakan maut kemalangan di Kilometer 75, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.
HAZEEM bersama rakan maut kemalangan di Kilometer 75, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia