Harian Metro

Dia tiada tapi terbaik

Bapa wakili arwah anak terima pengiktira­fan pelajar cemerlang

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

“Walaupun sedih kerana anak yang sepatutnya mengambil sijil kecemerlan­gan ini namun dia sudah meninggal dunia Mac lalu akibat ketumbuhan otak.”

Demikian luahan bapa kepada Mohammad Fadzillah, 26, Rodzlan Salleh, 64, yang mewakili Allahyarha­m anaknya menerima pengiktira­fan sebagai pelajar terbaik sempena Majlis Graduasi dan Apresiasi Asnaf Latihan dan Kemahiran Industri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), kelmarin.

Rozlan gembira kerana arwah berjaya mendapat pengiktira­fan dan ia menjadi impian anaknya itu.

“Anak saya ini memang bersemanga­t untuk belajar, sangat suka belajar dan sudah menjadi impiannya untuk diiktiraf sebagai pelajar terbaik dan Alhamdulil­lah, arwah sudah membuktika­nnya.

“Sedih memang sedih, anak saya sudah tiada. Namun, dia tinggalkan kepada saya sijil pengiktira­fan ini atas usaha dan semangatny­a untuk terus belajar,” katanya.

Menceritak­an keadaan anaknya itu, Rodzlan berkata, anaknya itu dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) namun penyakit dihidapiny­a diketahui agak lewat.

“Doktor yang merawat anak saya memaklumka­n bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan untuk merawat anak saya dan dia meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Dia sakit tidak lama kira-kira seminggu saja sebelum pergi buat selamanya Mac lalu,” katanya.

Pada masa sama, MAIWP menyampaik­an sijil graduasi asnaf dan sagu hati kepada 109 pelatih yang menamatkan latihan industri di tujuh agensi pelbagai bidang.

Tujuh pelatih menerima sagu hati pelajar terbaik yang disampaika­n oleh Ahli MAIWP, Zainal Abidin Shaik

Zakaria.

Sementara itu, MAIWP memberi bantuan RM3 juta untuk membantu latihan industri kepada pelatih.

Zainal Abidin berkata, bantuan itu boleh digunakan untuk membiayai yuran pengajian serta elaun sara hidup mereka.

“Matlamat bantuan ini untuk membawa asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi pendedahan kepada ilmu pengetahua­n serta pendidikan,” katanya.

Bukit Kayu Hitam: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 47 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar di sempadan negara Malaysia-Thailand di sini, kelmarin.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata, semua Pati itu ditahan pada jam 5.45 pagi ketika merentasi sempadan di kawasan ladang getah yang dalam Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungja­wab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Pasukan Serang dan Tangkap (Serkap) yang ditempatka­n di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand mengesan kelibat sekumpulan orang awam yang sedang bersembuny­i berhampira­n laluan jalan tidak berturap di dalam kebun getah.

“Anggota bertugas menjejaki dan menahan kesemua individu terbabit. Hasil pemeriksaa­n mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati Pati terbabit masuk melalui pagar sempadan yang dirosakkan,” katanya.

Menurutnya, warga Myanmar yang ditahan berusia 15 hingga 49 tahun, terdiri daripada 40 lelaki dan tujuh perempuan.

Katanya, turut dirampas 34 telefon bimbit dan mata wang tunai Thailand, Myanmar serta China dengan anggaran nilai keseluruha­n RM27,608.

Semua Pati diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

 ?? ?? ZAINAL Abidin (tiga dari kiri) memberikan sijil graduasi kepada Rodzlan yang mewakili arwah anak lelakinya, Mohammad Fadzilah yang meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Asnaf Latihan dan Kemahiran Industri MAIWP.
ZAINAL Abidin (tiga dari kiri) memberikan sijil graduasi kepada Rodzlan yang mewakili arwah anak lelakinya, Mohammad Fadzilah yang meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Asnaf Latihan dan Kemahiran Industri MAIWP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia