Harian Metro

Pemuzik sape termuda bangga sepentas idola

-

Kuching: Nama seperti Jerry Kamit dan Elizabeth Bungan antara pemuzik terkenal bagi instrumen sape atau sampe yang merupakan alat muzik tradisi bertali masyarakat Orang Ulu iaitu Kenyah dan Kayan di Sarawak.

Bagi pemuzik sape termuda, Nikita Sarna, 11, yang juga penghibur termuda di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022, Jerry sentiasa menjadi idolanya dalam industri sape, justeru dia berharap satu hari nanti dapat mengejar impian bergelar pemuzik profesiona­l, mengikut jejak Jerry dan Elizabeth.

“Dalam beberapa tahun akan datang, saya impikan membuka kelas sape saya sendiri seperti guru saya Hallan Hashim. Saya tidak sabar untuk menjayakan­nya.

“Idola pertama saya bagi instrumen sape adalah Jerry Kamit dan sepupu saya memperkena­lkan saya dengan Hallan Hashim yang kini menjadi guru saya. Beliau yang memberitah­u saya mengenai Alena Murang (pemain sape Sarawak yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa) dan sekarang saya tidak percaya saya sebenarnya sepentas dengan Alena,” katanya.

Nikita atau lebih dikenali sebagai Niki berkata, dia bangga dapat membuat persembaha­n di RWMF, apatah lagi di pentas sama dengan insan dikaguminy­a, Alena.

Penugasan panjang seperti ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal Muhammad Hadrie

“Sebagai staf elektrikal, saya bertanggun­gjawab menjaga peralatan di kapal Logindaran

elayar sejauh lebih 11,000 kilometer untuk mengharumk­an nama negara. Itu misi khas dilakukan 132 warga kapal KD Lekir Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini dalam perjalanan menuju ke Hawaii, Amerika Syarikat.

Semua mereka bakal menyertai latihan maritim terbesar di dunia iaitu eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) di Hawaii, Amerika Syarikat membabitka­n pelayaran lebih tiga bulan.

Laskar Kelas II PRL Muhammad Hadrie Asrolsani dan Laskar Kelas I TLS Logindaran Parasurama­n adalah antara warga TLDM termuda di KD Lekir yang menyertai misi khas itu.

Muhammad Hadrie, 23, yang berkhidmat sebagai Pembantu Juragan di KD Lekir sejak April lalu me

penyertaan­nya dalam misi itu pengalaman amat berharga.

Dia teruja apabila KD Lekir dipilih sebagai wakil TLDM ke eksesais RIMPAC 2022 tahun ini.

“Ini peluang keemasan saya melihat dan mengenali aset ketenteraa­n negara lain yang turut serta pada eksesais maritim terbesar dunia itu.

“Penugasan panjang seperti ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga bagi tempoh lama,” katanya. Sementara itu Logindaran turut melahirkan kegembiraa­n apabila kali pertama berlayar ke luar negara sebagai warga TLDM.

Juruteknik elektrik berusia 23 tahun itu mula bertugas di KD Lekir sejak 13 Disember tahun lalu. Menurutnya, Penyifatka­n nyertaan KD Lekir di RIMPAC 2022 akan menyaksika­n kapal TLDM melaksanak­an latihan penembakan misil dan dia antara kru yang menjaga peralatan berkaitan.

“Sebagai staf elektrikal, saya bertanggun­gjawab menjaga peralatan di kapal supaya berada dalam keadaan baik,” katanya.

Dengan perjalanan ke Hawaii berbaki seminggu lagi, kedua-dua pelayar muda ini sudah menyesuaik­an diri dengan keadaan kapal KD Lekir dan bersedia memulakan latihan bersejarah berkenaan.

 ?? ?? KD Lekir dalam perjalanan menyertai RIMPAC di Hawaii, AS.
KAPAL TLDM akan melaksanak­an latihan penembakan misil.
KD Lekir dalam perjalanan menyertai RIMPAC di Hawaii, AS. KAPAL TLDM akan melaksanak­an latihan penembakan misil.
 ?? ?? MUHAMMAD Khair keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
MUHAMMAD Khair keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia