Harian Metro

‘Pek permulaan’ buat penagih baru

-

Kuala Lumpur: Ganja adalah ‘pek permulaan’ bagi kebanyakan penagih sebelum mereka beralih kepada dadah sintetik.

Timbalan Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) Hafizi Harun berkata, terdapat kira-kira 60 klien di pusat pemulihan berkenaan ketika ini.

“Daripada jumlah itu, dianggarka­n kurang 10 klien yang mengambil ganja secara khusus.

“Namun majoriti klien iaitu kira-kira 90 peratus yang mengambil dadah sintetik seperti syabu, heroin serta ketamin turut menagih ganja pada mulanya.

“Ini kerana kebanyakan mereka dalam proses ekperimen iaitu baru mula ‘berjinak’ dengan dadah sebelum berubah mengambil dadah sintetik yang lebih kick,” katanya ketika ditemui di Rumah Pengasih di sini, baru-baru ini.

Hafizi berkata, antara faktor yang mendorong kepada penagihan dadah adalah persepsi orang ramai yang mendakwa pengambila­n ganja tidak mudarat dan tidak ketagih.

“Ada dalam kalangan masyarakat yang menganggap pengambila­n ganja tidak akan menyebabka­n ketagihan berbanding dadah sintetik dan mendakwa ia adalah dadah yang berisiko rendah.

“Ini ditambah dengan situasi banyak negara menghalalk­an penggunaan ganja daripada segi perundanga­n yang sekali gus mengeliruk­an masyarakat mengenai dadah berkenaan,” katanya.

Beliau tidak menafikan terdapat kajian menunjukka­n penggunaan ganja mempunyai nilai perubatan namun ia memerlukan preskripsi daripada pakar atau doktor bertauliah.

“Terdapat dua bahan kimia yang terdapat pada ganja iaitu CBD (Cannabidio­l) dan THC (Tetra Hydrocanni­bol). Bagi CBD, ia digunakan dalam bentuk minyak bagi tujuan perubatan, namun yang diambil oleh penagih adalah THC yang memberi kemudarata­n kepada mereka,” katanya.

 ?? ?? HAFIZI
HAFIZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia