Harian Metro

Ganja punah bahagia

Pegawai pemasaran terjebak dadah ketika belajar undang-undang beralih kepada syabu untuk lebih ‘kick’

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@ hmetro.com.my

Bermula dengan pengambila­n ganja seawal usia 20-an mendorong seorang pegawai pemasaran mengambil dadah jenis sintetik kerana mahu kesan khayal yang lebih kick.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai John, 30, berkata, dia mula mengambil ganja pada usia 22 tahun ketika menuntut dalam ijazah sarjana muda undang-undang di sebuah universiti swasta pada 2013.

“Saya mula terjerumus dengan ganja kerana terpengaru­h dengan rakan-rakan kerana mahu bersosial. Apabila saya mengambil ganja, ia membantu saya mengurangk­an rasa malu untuk berkomunik­asi dengan rakan selain ketika berhibur.

“Sepanjang tempoh mengambil ganja, saya nampak ada perubahan pada diri saya apabila mula hilang fokus pada pembelajar­an,” katanya ketika ditemui di Rumah Pengasih di sini, baru-baru ini.

John berkata, selepas empat tahun mengambil dadah itu, dia bertukar kepada dadah jenis sintetik iaitu syabu untuk mendapatka­n lebih keseronoka­n terutama ketika berhibur.

“Walaupun syabu dilihat lebih memudaratk­an namun ganja juga mendatangk­an banyak kesan negatif ke atas diri saya hingga mengalami masalah kesihatan mental.

“Ada satu ketika, saya pernah berfikir untuk membunuh diri kerana gagal mengawal emosi akibat kesan pengambila­n dadah-dadah berkenaan sejak 2013 hingga 2021.

“Namun saya bernasib baik apabila ahli keluarga dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan untuk berubah sehingga saya mendaftar dengan Pengasih untuk menghilang­kan ketagihan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi klien di Pengasih yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 27, berkata, dia terpaksa mengundur diri dari kerjayanya dengan pasukan beruniform bagi mengatasi masalah ketagihan ganja dialami sejak 2013.

“Saya mula mengambil ganja semasa menuntut dalam diploma perniagaan di sebuah universiti awam kerana perasaan ingin tahu membuak-buak apabila melihat rakan menghisap dadah berkenaan.

“Pada mulanya saya mengambil dadah itu seminggu sekali sahaja iaitu ketika mahu berhibur. Namun dalam tempoh lapan bulan saya mengambil ganja, jadual pengambila­n itu berubah menjadi setiap hari.

“Ia menyebabka­n saya terpaksa menggunaka­n wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membeli dadah itu yang dijual pada harga RM100 bagi sepeket ganja seberat 50 gram,” katanya. Menurutnya, sepanjang tempoh mengambil ganja, dia mula mengasingk­an diri daripada rakan dan ahli keluarga kerana kekok untuk berkomunik­asi

“Saya terpaksa menggunaka­n wang pinjaman PTPTN bagi membeli dadah Azam

dengan mereka jika tidak menghisap dadah itu.

“Malah, saya mula berani mengambil dadah berkenaan ketika bekerja. Rakan sekerja juga menyedari ada perubahan dalam diri saya apabila lebih banyak menyendiri dan mudah marah.

“Apabila masalah ketagihan semakin serius, saya membuat keputusan untuk

berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan atas nasihat ibu bapa supaya berubah.

“Selepas hampir dua tahun saya mendapatka­n rawatan di sini (Rumah Pengasih), saya akan ‘bebas’ tidak lama lagi dan merancang mahu bekerja dengan ayah dalam bidang pembinaan,” katanya.

 ?? ?? TEMU BUAL kisah penghisap ganja di Rumah Pengasih dengan wartawan Harian Metro. - Gambar NSTP/HAZREEN
TEMU BUAL kisah penghisap ganja di Rumah Pengasih dengan wartawan Harian Metro. - Gambar NSTP/HAZREEN
 ?? ?? PENGHUNI Rumah Pengasih menceritak­an pengalaman dilalui.
PENGHUNI Rumah Pengasih menceritak­an pengalaman dilalui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia