Harian Metro

MHG cari tinggalan perang di Trolak

-

Trolak: Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG) giat mencari tinggalan perang di tapak atau kawasan dipercayai berlakunya Perang Dunia Kedua pada zaman penjajahan Jepun dan British di negara ini.

Tinggalan perang yang dijumpai di lokasi terbabit akan dipamerkan kepada orang ramai sama ada di muzium atau pameran bagi mengimbau nostalgia zaman pendudukan penjajah.

Timbalan Presiden MHG Nor Hisham Zulkifli berkata, usaha untuk mencari tinggalan perang di lokasi yang sudah dikenal pasti tergendala akibat Covid-19.

Katanya, MHG memilih lokasi di mana berlakunya Perang Dunia Kedua bagi mencari tinggalan perang selepas membuat kajian dan penyelidik­an di samping melalui buku-buku Sejarah lama serta maklumat daripada penduduk setempat.

“Tugas ini bukanlah mudah bagi mencari dan mengesan artifak yang dipercayai tertanam di lokasi berlakunya peperangan itu kerana ia menuntut kesabaran tinggi,” katanya ketika ditemui di tapak Perang Dunia Kedua antara tentera British dan Jepun yang dikenali Battle Of Slim dekat Trolak Pekan di sini, semalam.

Usaha Nor Hisham bersama rakannya yang juga ahli jawatankua­sa MHG, Rizal Mat Misrom, 49, mengesan dan mencari tinggalan perang berhampira­n jambatan Sungai Trolak yang dibina British pada tahun 1939 mencuri tumpuan orang ramai.

Sementara itu, Rizal berkata, beliau menggunaka­n alat pengesan logam bagi mencari dan mengesan tinggalan perang yang tertanam di dalam tanah.

Menurutnya, antara tinggalan perang yang pernah dijumpai termasukla­h benet yang digunakan oleh askar British, sarung jam tangan besi tentera Jepun, peluru, topi besi tentera Jepun, laras ‘Brengun’ askar British serta bom lama.

 ?? ?? NOR Hisham (kanan) bersama Rizal mengesan dan mencari tinggalan Perang Dunia Kedua berhampira­n jambatan Sungai Trolak.
NOR Hisham (kanan) bersama Rizal mengesan dan mencari tinggalan Perang Dunia Kedua berhampira­n jambatan Sungai Trolak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia