Harian Metro

Caj potong ayam RM1!

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Margin untung yang sangat rendah memaksa sesetengah peniaga mengenakan caj tambahan potong ayam antara 60 sen dan RM1 namun ia dianggap membebanka­n pengguna.

Pengerusi Biro Keusahawan­an dan Sosioekono­mi Persatuan Pengguna Melayu Malaysia, Mohd Afiq Salim berkata, peniaga perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai caj tambahan itu agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan pembeli.

Menurutnya, keadaan ini mungkin disebabkan margin untung yang terlalu kecil dan adakalanya merugikan mereka susulan penetapan harga siling ayam RM8.90 untuk sekilogram.

Katanya, tidak dinafikan tindakan itu membebanka­n pengguna namun ayam kini menjadi pilihan utama susulan kenaikan melampau harga ikan sejak kebelakang­an ini.

“Peniaga perlu jelaskan kepada pengguna punca caj potong ayam terpaksa dikenakan agar tidak timbul salah faham di antara mereka.

“Keadaan itu hanya berlaku sejak kebelakang­an ini kerana peniaga terdesak untuk cover harga ayam mentah yang diambil dari ladang yang sudah melebihi harga siling atau rendah beberapa sen daripada harga ditetapkan kerajaan.

“Pengguna juga harus lebih bijak memilih dan mengelak membeli ayam daripada peniaga yang mengenakan caj potong melampau,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kemelut itu sudah berlanjuta­n sejak beberapa bulan lalu dan dibimbangi ada peniaga yang sengaja meletakkan caj tidak munasabah jika tidak dikawal kerajaan.

Menurutnya, polemik harga ayam itu perlu ditangani dengan seluruh rantaian pembekalan dan penjualan dicadangka­n dipanggil Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mencari penyelesai­an jangka pendek dan panjang.

“Kini semua pihak menuding jari antara satu sama lain namun yang tersepit adalah pengguna kerana tiada pilihan lain untuk mendapatka­n bekalan bahan mentah itu.

“Penternak juga pemain utama industri pembekalan ayam perlu dipanggil supaya penjelasan lanjut diberikan kerana akhirnya pembeli serta pengguna tidak tersepit,” katanya.

 ?? ?? ORANG ramai membeli ayam segar di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu. - Gambar NSTP/GHAZALI KORI
ORANG ramai membeli ayam segar di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu. - Gambar NSTP/GHAZALI KORI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia