Harian Metro

Banyak sangat fitnah terhadap saya: Rina

-

Kuantan: Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kompaun terhadap Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) bukan atas dasar budi bicara beliau sebaliknya berlandask­an undang-undang sedia ada.

“Banyak sangat fitnah yang mengatakan saya melindungi Rumah Bonda dan sebagainya...kena faham dan ingat...kita memberikan saman itu mengikut akta, jadi akta itu menyebut kompaunnya RM5,000...bukan saya yang tentukan.

“Ia mengikut undang-undang sedia ada…itu bukan di bawah budi bicara saya, itu adalah yang termaktub di dalam akta,” katanya selepas merasmikan Program

Keusahawan­an Wanita Bangkit@KPWKM yang dihadiri kira-kira 250 peserta di sini.

Rina berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau melindungi Rumah Bonda.

Sebelum ini, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan menafikan Rina bersubahat melindungi Rumah Bonda selain menyifatka­n tuduhan itu sebagai tidak berasas serta berunsur fitnah.

KPWKM turut memaklumka­n bahawa segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Julai 2021 ke atas Rumah Bonda adalah berdasarka­n peruntukan undang-undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia