Harian Metro

Perlu 42,000 ekor tetapi ada 38k saja

Isu kekurangan lembu untuk Aidiladha dijangka selesai awal Julai

-

‘ Kita masih bergantung harap untuk kemasukan segera lembu hidup dari luar khususnya daripada Thailand memandangk­an saiz lembu yang dimport dari negara itu lebih sesuai bagi ibadah korban, seperti mana lembu yang ada di Malaysia”

Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekka­n kepada 14 hari.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar (DVS) Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa siri perbincang­an dengan pihak berkuasa Thailand untuk selesaikan beberapa perkara teknikal dan protokol bagi membolehka­n lembu dari Thailand masuk ke Malaysia dengan segera.

“Pada 17 Jun kita sudah menghantar satu surat terkini kepada pihak Thailand untuk meminta kerjasama mereka agar membenarka­n pengeluara­n sijil kesihatan veterinar bagi melepaskan lembu yang ada dalam stesen kuarantin di Thailand.

“Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat, sebelum raya korban ini kita akan dapat selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam Leong Hup di Taboh Naning, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Datuk Badrul Hisham Mohd.

Jelasnya,

Malaysia memerlukan 42,000 lembu hidup bagi tujuan ibadah korban namun setakat ini bekalan lembu hidup tempatan hanya mampu membekalka­n dalam lingkungan 38,000 ekor sahaja.

“Kita masih bergantung harap untuk kemasukan segera lembu hidup dari luar khususnya daripada Thailand memandangk­an saiz lembu yang dimport dari negara itu lebih sesuai bagi ibadah korban, seperti mana lembu yang ada di Malaysia,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang ingin melaksanak­an ibadah korban juga tidak perlu bimbang dengan tempoh masa kuarantin, sekiranya lembu hidup dari Thailand itu dibenarkan memasuki Malaysia.

“Insya-Allah sempat sebab kita sudah tengok semula syarat protokol import kita dan perbincang­an dengan pemain industri minggu lalu, telah memaklumka­n tempoh kuarantin di Malaysia sudah disingkatk­an dan kembali kepada asal iaitu dari 30 hari kepada 14 hari.

“Jadi Insya-Allah tempoh itu akan cukup untuk lembu keluar (kuarantin) sebelum Aidiladha,” katanya.

Menyentuh mengenai rumah sembelihan yang akan digunakan sepanjang Aidiladha, Dr Norlizan menjelaska­n jumlahnya masih belum ditentukan, namun sudah terdapat permintaan daripada pelbagai pihak untuk menggunaka­n perkhidmat­an di rumah sembelihan.

“Bukan saja ketika PKP, tetapi dalam keadaan sekarang pun kita masih harap dan galakan penyembeli­han dilaksanak­an di rumah sembelih yang ditetapkan, sama ada kerajaan atau swasta.

“Untuk tahun ini kita jangkakan seperti tahun lepas juga, yang mana banyak rumah sembelihan sudah mula menerima tempahan bukan saja dari pihak berseorang­an, tetapi juga berkumpula­n yang hendak melakukan ibadah korban,” katanya.

Dr Norlizan Mohd Noor

 ?? ?? MENTERI Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kanan) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Infrastruk­tur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Izham Hashim (kanan) melihat lembu dan kambing pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2022 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam, semalam.
MENTERI Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kanan) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Infrastruk­tur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Izham Hashim (kanan) melihat lembu dan kambing pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2022 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia