Harian Metro

67,944 unit babit 104 projek dilulus

-

Kuala Lumpur: Sejumlah 67,944 unit kediaman di bawah projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia membabitka­n 104 projek di Wilayah Persekutua­n mendapat kelulusan pembinaan sehingga Mei lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 97 projek adalah di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat lagi di Labuan.

Ismail Sabri berkata, demikian ketika menyempurn­akan majlis penyerahan kunci kediaman kepada pemilik unit Residensi SkyAwani 3 di sini yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr

Shahidan Kassim.

Projek dibina syarikat SkyWorld di bawah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia itu menawarkan sejumlah 1,905 unit kediaman berkeluasa­n 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air pada harga RM300,000 seunit.

Menzahirka­n penghargaa­n kepada Kementeria­n Wilayah Persekutua­n atas usaha menyediaka­n rumah mampu milik terutama kepada kumpulan B40 dan M40, Perdana Menteri turut menyambut baik komitmen pihak pemaju dalam membantu merealisas­ikan aspirasi kerajaan menyediaka­n kediaman itu untuk warga kota khasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia