Harian Metro

Cukuplah menyewa!

200 terima kunci Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3

-

Memiliki kediaman sendiri merupakan saat dinanti-nantikan oleh pembeli Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3, Setapak di sini, yang sekian lama menyewa dan menumpang rumah keluarga.

Ahmad Hassanal Bulkiah Baharudin, 38, berkata, sejak hidup berkeluarg­a pada 2002, dia menumpang rumah ibunya di Flat Sri Melaka, Cheras kerana belum mampu memiliki kediaman sendiri.

“Sejak berkahwin, memang niat saya untuk membeli hartanah yang lebih selesa pada harga berpatutan di Kuala Lumpur kerana sudah lebih 30 tahun saya menetap di Cheras.

“Jadi apabila ada peluang memiliki rumah pertama dengan fasiliti yang baik seperti ini, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan dan saya amat berpuas hati,” katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Kediaman kepada 200 pemilik unit residensi itu.

R Soundraraj­an, 42, turut berkongsi keterujaan itu dengan isterinya, D Amutha, 42, selepas penantian empat tahun untuk kediaman itu siap berakhir.

Selain berpuas hati dengan kualiti hartanah yang disifatkan berbaloi pada harga mampu milik, anak jati Kuala Lumpur itu turut lega apabila pihak pemaju mengambil inisiatif memudahkan pemilik melalui tawaran pakej mengubah suai rumah bermula pada harga serendah RM4,000.

“Apa yang ditawarkan ketika proses pembelian seperti kemudahan kolam renang dan gimnasium semuanya ditepati,” katanya.

Saifunnazr­i Md Salleh, 45, pula merancang menetap bersama keluarga di rumah baharu itu kerana lokasi strategik yang berdekatan dengan tempat kerja.

“Sebelum ini, saya dan keluarga menetap di Cheras selama 13 tahun, tetapi kami akan berpindah ke sini kerana persekitar­an rumah baharu lebih selesa,” katanya.

Dibangunka­n oleh SkyWorld Developmen­t Group, Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3 menawarkan 1,905 unit kediaman dengan setiap unit berkeluasa­n 800 kaki persegi yang dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu parkir berbumbung pada harga RM300,000 seunit.

SkyAwani 3 turut menawarkan pelbagai kemudahan untuk penduduk seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang bola keranjang, dewan serbaguna dan kawasan permainan kanak-kanak.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyempurn­akan majlis penyerahan kunci kediaman kepada pemilik.

 ?? ?? PEMANDANGA­N kolam renang residensi SkyAwani 3.
PEMANDANGA­N kolam renang residensi SkyAwani 3.
 ?? ?? ISMAIL Sabri (tengah) menyaksika­n penyerahan anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia iaitu 170.55 meter daripada Malaysia Book of Records kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SkyWorld Developmen­t, Lee Chee Seng (tiga dari kanan).
ISMAIL Sabri (tengah) menyaksika­n penyerahan anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia iaitu 170.55 meter daripada Malaysia Book of Records kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SkyWorld Developmen­t, Lee Chee Seng (tiga dari kanan).
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia