Harian Metro

Pindaan Akta 333 lindungi pemilik kereta

-

Kuala Lumpur: Jemaah Menteri meluluskan cadangan Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) untuk meminda Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) bertujuan memberi perkhidmat­an lebih baik kepada orang ramai dan memastikan keselamata­n pengguna jalan raya.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, rang undang-undang itu akan dibentangk­an pada persidanga­n Parlimen akan datang pada tahun ini selepas kali terakhir akta itu dipinda pada 2020.

“Pindaan sebelum ini menjurus kepada usaha mengekang penggunaan jalan raya yang tidak selamat dengan memandu secara berbahaya, melulu, tidak cermat dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sama ada menyebabka­n kematian, kecederaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, pindaan terbaharu itu pula bertujuan untuk membawa lebih banyak manfaat kepada pemandu (pemilik kenderaan) di samping meningkatk­an keselamata­n jalan raya untuk semua pengguna jalan raya iaitu berkaitan proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim (sementara), daripada pemilik asal kenderaan kepada syarikat jual/beli kenderaan terpakai (Used Car Dealer-UCD).

Katanya, ini adalah untuk melindungi kepentinga­n pemilik apabila mereka menjual kenderaan mereka kepada UCD, dengan memastikan pemindahan pemilikan dilakukan dengan sempurna.

Ia juga bagi membolehka­n UCD memiliki pemilikan kenderaan buat sementara waktu sambil mencari pembeli baharu dan memastikan hak pengguna dilindungi.

“Pada masa ini, pertukaran hak milik kenderaan adalah bersifat kekal seperti mana ditetapkan di bawah Seksyen 13 Akta 333.

“Walau bagaimanap­un secara pentadbira­n semenjak 2011, proses pelaksanaa­n pertukaran hak milik kenderaan motor yang dijual kepada UCD oleh pemilik asalnya dilaksanak­an secara interim, iaitu tidak bersifat kekal,” katanya. Menurut Wee, ia hanya akan dipindahka­n secara kekal ke UCD selepas masa tertentu jika kenderaan itu tidak dijual kepada pembeli baharu oleh UCD.

Pindaan itu juga melibatkan peruntukan baharu yang membolehka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menggunaka­n peralatan sistem High Speed-Weigh In Motion (HSWIM).

Menurut Wee, peralatan itu membolehka­n proses merekod berat kenderaan dengan cekap dan tepat serta aktiviti penguatkua­saan boleh dilakukan secara automatik tanpa kehadiran pegawai JPJ di lokasi.

“HSWIM merupakan gabungan peralatan berasaskan sensor, kamera dan sistem algoritma komputer yang mencerap kehadiran, identiti, berat kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya,” katanya.

Beliau menambah, pindaan terbaharu itu juga akan menyaksika­n pindaan had umur pemegang Lesen Vokasional untuk penunggang motosikal yang membawa barangan termasuk kenderaan p-hailing kepada tidak kurang daripada 18 tahun berbanding 21 tahun pada ketika ini.

Selain itu, pindaan tersebut turut menyentuh perihal pemandu bas persiaran atau bas pelanconga­n yang bakal mewajibkan mereka untuk mempunyai Lesen Vokasional yang sah bertujuan untuk menyeragam­kan keperluan semasa pada masa ini kepada pemandu bas ekpress, bas sekolah dan bas henti-henti.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia