Harian Metro

Wang untuk sampah

DBKL perkenal mesin kitar semula beri ganjaran wang tunai

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

DMahadi berkata, mesin itu akan mengira sendiri nilai sampah yang dimasukkan dan ganjaran wang tunai akan terus dikreditka­n ke dalam akaun bank pengguna. “Saya dapat lihat tadi, satu botol plastik air dinilai lima sen, kita masuk tiga sampah dan jumlahnya 15 sen.

“Ganjaran duit ini akan terus masuk ke dalam akaun bank, langkah ini bagus bagi mengelak berlakunya kejadian penyeluk saku serta usaha yang selamat untuk mesin itu tidak diganggu,” katanya.

Ditanya sasaran untuk meletakkan RRVM di beberapa lokasi, Mahadi berkata, dalam tempoh percubaan tiga bulan ini, RRVM akan diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti laluan utama menaiki pengangkut­an awam, Dataran Merdeka dan Pintasan Saloma.

“Kita mempunyai data di lokasi yang sesuai diletakkan mesin ini terutama kawasan tumpuan yang kerap membuang botol plastik dan sampah kecil yang lain,” katanya. Mengenai mesin RRVM boleh menjadi pendapatan sampingan untuk orang ramai terutama gelandanga­n, Mahadi berkata, perkara itu tidak mustahil dan mesin berkenaan terbuka untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

“Kalau tiada kerja lain boleh juga membantu DBKL membersihk­an bandar raya ini, kalau ini menjadi punca pendapatan bagi mereka.

“Mesin ini mampu memuatkan sampah kitar semula dengan kapasiti 220 liter dan ada pengesan selepas tong penuh, akan ditukar kepada yang baru,” katanya.

“Ganjaran duit ini akan terus masuk ke dalam akaun bank Mahadi

 ?? ?? MAHADI ketika melancarka­n mesin RRVM di hadapan Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, semalam. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
MAHADI ketika melancarka­n mesin RRVM di hadapan Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, semalam. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia