Harian Metro

Permudah remaja rancak ekonomi gig

-

Johor Bahru: Langkah kerajaan menurunkan had umur bagi penunggang motosikal yang membawa barangan, termasuk kenderaan p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun dibuat hasil kajian dan penelitian dilakukan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah penurunan had usia itu bagi membolehka­n golongan remaja terbabit sama dalam aktiviti ekonomi gig negara.

Katanya, perkembang­an meluas ekonomi gig di negara ini menyebabka­n permintaan pekerjaan sektor berkenaan berkembang dengan pantas.

“Langkah kerajaan menurunkan had umur bagi penunggang motosikal p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun, adalah hasil kajian dibuat Bahagian Darat kementeria­n dan Agensi Pengangkut­an Awam Darat (Apad).

“Kementeria­n sudah buat kajian, tinjauan dan pemerhatia­n melihat trend ekonomi gig terutama p-hailing yang menerima permintaan daripada golongan remaja.

“Kementeria­n dapati ramai remaja lepasan Sijil Pelajaram Malaysia (SPM) berusia 18 tahum berhajat sangat nak jadi penunggang p-hailing namun disebabkan sekatan umur lesen vokasional hanya boleh dimohon mereka yang berusia 21 tahun ke atas, maka golongan berusia 18 tahun hingga 20 tahun merasa dipinggirk­an.

“Sesuai dengan peredaran zaman, maka kerajaan merasakan sudah sampai masanya had umur p-hailing diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmat­an Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral di sini, semalam.

Kelmarin, kerajaan dilaporkan akan menurunkan had umur bagi penunggang motosikal yang membawa barangan, termasuk kenderaan p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun. ewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkena­lkan mesin kitar semula dikenali Recycling Reverse Vending Machine (RRVM) yang memberi ganjaran wang tunai kepada pengguna.

Seperti negara barat lain, mesin kitar semula itu memberi ganjaran wang tunai kepada pengguna yang memasukkan barangan kitar semula seperti botol plastik, tin aluminium dan kotak minuman.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, sebagai langkah menjadikan ibu kota Malaysia itu bebas sampah serta bersih dan indah, RRVM antara usaha dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi masalah pembuangan sampah.

“Ini satu usaha DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur benar-benar bandar bersih dan bebas daripada sampah.

“Mesin ini khas untuk sampah kecil yang boleh dikitar semula terutama selepas kita mengisytih­arkan beberapa kawasan sebagai zon bebas sampah,” katanya ketika meninjau pelaksanaa­n RRVM yang diletakkan di hentian bas berdepan Menara DBKL 2 di sini, semalam.

 ?? ?? PERKEMBANG­AN meluas ekonomi gig menyebabka­n permintaan pekerjaan sektor berkenaan berkembang.
PERKEMBANG­AN meluas ekonomi gig menyebabka­n permintaan pekerjaan sektor berkenaan berkembang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia