Harian Metro

Teguh genggam ilmu turath

Masyarakat Melayu kian menyedari kepentinga­n ilmu pengetahua­n berkaitan agama dalam pembentuka­n keperibadi­an dan identiti Muslim sejati seiring realiti semasa

-

Tidak dinafikan lagi bahawa rantau Asia Barat yang popular dikenali sebagai Timur Tengah mempunyai hubungan yang sangat erat dan sinonim dengan alam dan masyarakat Melayu. Tertulis pada catatan lembaran sejarah negara di perantauan Asia Barat seperti Mesir sudah lama menyemai sistem pendidikan mereka kepada komuniti masyarakat Islam di seluruh dunia, antara hab pendidikan yang tidak asing lagi ialah institusi Al-azhar As-Shariff.

Dari sektor pendidikan ditubuhkan sebuah sekolah atau madrasah yang sangat penting dalam sejarah perkembang­an pendidikan Islam di Mesir seperti Madrasah An-Nasiriyyah bersebelah­an maqam Al-imam Syafie, Madrasah As-Syarifiah bersebelah­an dengan Masjid Amr Ibn A’s, Madrasah Al-Qamhiyyah dan Khanqah Saied As-Su’ada’ di kota Kaherah.

Seribu kali sayang Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali kurang mendapat sambutan dalam kalangan penuntut ilmu secara amnya dan pusat pengajian secara khasnya kecuali ketika era pemerintah­an Mamluk dan Khidevi, namun disebabkan pengaruh Malik Nouruddin Mahmoud Zankiyy masih mekar bertapak di Mesir, Mazhab Hanafi masih diamalkan secara konsisten dalam komuniti setempat yang sedikit.

Saban tahun berlalu dinasti kerajaan Ayubiyyah, Masjid Al-Azhar kembali semakin rancak dengan kegiatan ilmiahnya ketika dinasti pemerintah­an Mamluk (1250-1517 M) sehinggaka­n institusi Al-azhar As-Shariff gah disebutkan sebagai kiblat ilmu utama bagi umat islam, namun seribu kali sayang rakyat Mesir dikejutkan dengan bencana gempa bumi (1300 M) meranapkan dan meruntuhka­n hampir kebanyakan bangunan utama di pusat kota Kaherah termasukla­h Masjid Al-azhar turut sama terjejas. Tidak lama selepas kejatuhan dinasti pemerintah­an Mamluk, kerajaan Turki Uthmaniyah yang memerintah Mesir ketika itu memulakan projek baik pulih seluruh pelosok kota Kaherah. (Sila rujuk Al-hafidz

Taqiyuddin Abdel Qader Al-maqridzi dalam Al-mawaidz m/s 2/205 dan Mazahibul Ahl Misr Wal Aqa’idihim)

Idealisme daripada gerakan reformasi dan revivalis Islam yang dipelopori tokoh berkenaan tidak terhenti pada zaman Shaykh Ahmed Zain sahaja bahkan dibawa pulang ke tanah air oleh lulusan Al-Azhar As-Shariff seperti Shaykh Mohamed Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Taha dan Shaykh Said al-Hadi menyuaraka­n pandangan mereka secara lantang terhadap sistem pendidikan sedia ada di Malaysia menggesa supaya rakyat Malaysia bersifat lebih terbuka menerima perubahan sesuai mengikut arus perdana menerusi persuratkh­abaran, antaranya Al-imam (1906 Masihi), Al-ikhwan (1926 Masihi) dan Saudara (1931).

Ketokohan Shaykh Mohamed Tahir Jalaluddin dikenali sehingga ke negara sebarang (Indonesia) yang dikenali sebagai Dutch East Indies dalam menyebarka­n fahaman dan pengaruh Al-azhar As-Shariff melalui media cetak, malah penerbitan majalah

Al-imam ini berjaya mencetuska­n fenomena baharu sehinggaka­n mempengaru­hi penerbitan majalah lain seperti majalah Neraca dan Pengasuh yang mendokong idea dan usaha transforma­si dalam kehidupan masyarakat Melayu. (Sila rujuk jurnal Pengaruh Al-Azhar terhadap Sistem Pendidikan di Tanah Melayu oleh Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur)

Lantaran itu, sekolah agama rakyat atau lebih dikenali sebagai madrasah mulai diperkenal­kan dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu seperti Madrasah Al-Masriyah (Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah) di Pulau Pinang pada 1906 yang diasaskan Al-Marhum Tuan Guru Hj Mohamed Salleh Al-Masry yang berasal dari Rasah, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban dan kemudian melanjutka­n pengajiann­ya ke sebuah pasentren di sekitar Bersilam, Langkat di Sumatera kerana minatnya yang amat mendalam dalam bidang keagamaan.

Beliau menuntut di sana dengan bertemanka­n dua sepupunya iaitu Abdul Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanifah. Mereka bergurukan

Tuan Syeikh Abdul Wahab.

Selepas beberapa tahun menuntut di sana, beliau pulang dengan gelaran Fakeh

Mohammed Saleh. Kemudian beliau meneruskan pengajiann­ya dengan Tuan Guru Haji Minal (Tuan Guru Haji Zainal Abidin Pettani ) di Sungai Dua, Butterwort­h dan kemudian berpindah ke Padang Lalang,

Bukit Mertajam dan berguru pula dengan Tuan Guru Imam Haji Ahmad. Atas keazaman dan dorongan Tuan Guru Imam Haji Ahmad, Fakeh Mohammed Salleh mencatat sejarah putera Melayu yang ulung melanjutka­n pengajiann­ya ke Universiti AlAzhar di Mesir pada 1899 dengan menggunaka­n pasport Penang.

Setibanya di sana beliau ditangkap pihak berkuasa Mesir yang menganggap­nya sebagai pengintip Turki kerana wajahnya mirip rakyat Turki.

Ketika itu Mesir dan Turki dalam berkonfran­tasi, tetapi akhirnya beliau dibebaskan.

Ketika menuntut di Mesir, beliau menempuh berbagai-bagai penderitaa­n pada era Tuan Guru Haji Salleh Al-Masry, sekolah ini dikenali sebagai Madrasah Al-Masriyah dengan bersistemk­an pengajian pondok menggunaka­n sukatan daripada Al-Azhar As-Shariff seperti ilmu tatabahasa Arab, ilmu fonetik arab, ilmu mantik (logikal), ilmu usul al-fiqh, ilmu falsafah dan sebagainya.

Pada 1950, sistem pendidikan di madrasah ini mulai bertukar wajah dengan memasukkan pengajian bahasa Inggeris ketika pentadbira­n menantu beliau iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad. Tidak kurang juga kewujudan sekolah agama rakyat di Semenanjun­g yang mempunyai sejarah tersendiri seperti Madrasah Al-Idrisiah di Kuala Kangsar pada 1925, Madrasah Zainal Abidin di Terengganu pada 1934, Maahad al-Ihya’ al-Shariff di Ujong Semanggol, Perak, Maahad Mahmoud Alor Setar, Kedah, Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan dan lain-lain.

Justeru, masyarakat Melayu kian menyedari kepentinga­n ilmu pengetahua­n berkaitan agama dalam pembentuka­n keperibadi­an dan identiti seorang Muslim yang sejati seiring kehendak realiti semasa. Kerajaan mulai mengorak langkah dengan menubuhkan beberapa universiti Islam tempatan dengan menggunaka­n kurikulum Al-Azhar As-Shariff, cetusan idea ini tidak lain selepas wujud jawatankua­sa Pengurus Pertubuhan Kolej Islam yang disokong kerajaan Mesir.

Tambahan pula penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) berfungsi sebagai sebuah yayasan yang menguruska­n bahagian Akademik Islam dan Fakulti Pengajian Islam turut menjadi saksi betapa besarnya pengaruh Al-Azhar As-Shariff sebagai institusi yang disegani dan dihormati di Tanah Melayu.

Penubuhan dua institusi ini di Tanah Melayu melakar sejarah tersendiri dalam perkembang­an intelektua­liti dalam kalangan generasi muda sehingga hari ini. Memetik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut sama memperinga­ti sejarah penubuhan universiti teragung ini yang berumur hampir 1,082 tahun; “Amalan kesederhan­aan ini juga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang inklusif dan merentasi sempadan agama, kaum dan etnik,” katanya ketika sambutan Al-Azhar Asy-Syarif Sedunia pada 6 April lalu di Putrajaya.

Akhir kalam, bagi memastikan kelangsung­an usaha murni generasi terdahulu dalam membentuk sebuah sistem pendidikan yang mapan dan berdaya saing pada hari ini sebagaiman­a saranan guru besar kami di Al-Azhar As-Shariff Maulana Prof Dr Ali Jumaah semoga Allah Ta’ala memelihara­nya, berpesan kepada kami supaya tetap teguh menggengga­m ilmu turath kemudian melatih kendiri supaya mampu mengintegr­asikan turath dan mengimplen­tasikan secara holistik dan komprehens­if di dunia serba moden kini.

Pelajar Sarjana Pengkhusus­an Usul al-Fiqh, Universiti Al-Azhar As-Shariff

 ?? ?? PEMBENTUKA­N keperibadi­an dan identiti Muslim sejati seiring kehendak realiti semasa.
PEMBENTUKA­N keperibadi­an dan identiti Muslim sejati seiring kehendak realiti semasa.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia