Harian Metro

HSNZ sasar kutip 20,000 beg darah

-

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu melalui Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyasarka­n kutipan 20,000 beg darah tahun ini.

Pengarahny­a, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu berikutan negara memasuki peralihan ke fasa endemik yang membolehka­n lebih banyak program derma darah dijalankan berbanding ketika pandemik Covid-19 berlaku dua tahun lalu.

“Semangat perpaduan yang utuh dan sikap cakna prihatin yang tinggi dalam kalangan masyarakat di Terengganu terbukti sepanjang pandemik Covid-19 kerana bekalan darah kita kekal cukup dan stabil, malah kita juga mampu membantu rakan di negeri lain yang mengalami kekurangan kritikal bekalan darah.

“Sebanyak 1,000 beg darah disalurkan ke beberapa negeri termasuk Johor, Kuala Lumpur hingga ke Sabah. Walaupun pada masa itu kami tidak boleh ke sana ke sini kerana Perintah Kawalan Pergerakan, namun darah kami jauh bergerak merentasi sempadan ke seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2022 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsun­g di Kuala Terengganu, kelmarin. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia