Harian Metro

Anjing dikatakan harimau putih

-

Rawang: Anjing disangkaka­n harimau hingga mencetuska­n panik orang ramai dan pengunjung pusat rekreasi Sungai Choh di sini.

Itu yang berlaku apabila Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menerima aduan kononnya harimau putih muncul di lokasi itu sebelum visual ‘harimau’ dikongsi di media sosial.

Pengarah Perhilitan Selangor Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya segera menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian jam 3.15 petang kelmarin susulan maklumat diterima.

“Siasatan mendapati tiada kesan kehadiran harimau putih seperti didakwa dan tular di media sosial sebelum ini.

“Selain itu, penduduk setempat menafikank­an dakwaan kewujudan hidupan liar berkenaan,” katanya, semalam.

Kelmarin, tular di media sosial video memaparkan seorang wanita merakam kelibat haiwan dipercayai harimau ketika mandi di sungai berkenaan.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya memaklumka­n ia hanya anjing dan bukan harimau putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia