Harian Metro

‘Tiada satu pesakit pun masuk ICU’

-

Jasin: Melaka mencatatka­n penurunan 47.6 peratus kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menerusi rekod dicatatkan pada Minggu Epidemiolo­gi (ME) ke-23 bermula 5 Jun hingga 11 Jun lalu.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata, jumlah penurunan itu membabitka­n 695 kes berbanding 1,461 kes direkodkan sehingga kini.

Katanya, dalam tempoh itu, kes didaftarka­n di semua daerah di negeri itu melebihi paras epidemik dengan Melaka Tengah ketika ini merekodkan 423 kes, diikuti Alor Gajah (94 kes) manakala Jasin (249 kes).

“Kami menjangkak­an penurunan ini berlaku berikutan beberapa siri kempen dan langkah pencegahan dilakukan sebelum ini.

“Kes HFMD di Melaka tidak serius kerana kes kemasukan pesakit di hospital menunjukka­n peratusan sangat rendah. Tidak ada satu pesakit pun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan HFMD,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau ditemui selepas merasmikan Program Merlimau Berpeluh di Bandar Merlimau di sini, semalam.

Selain acara larian sejauh tiga kilometer, pelbagai pameran serta pemeriksaa­n kesihatan turut diadakan di lokasi berkenaan.

Kes HFMD yang dilaporkan di Melaka sehingga ME ke-23 sebanyak 5,538 kes, meningkat 83.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 66 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia