Harian Metro

‘Bukan semua memahami Ali’

Remaja hilang ditemui semula jam 3 pagi

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@ hmetro.com.my

Seorang remaja berusia 16 tahun, Ali Imran Naseruddin yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui dalam keadaan selamat, semalam.

Ibunya, Wan Esuriyanti Wan Ahmad berkata, beliau bersyukur kerana dipertemuk­an semula dengan anak lelakinya itu pada jam 4 pagi.

“Tiada kata yang dapat menggambar­kan kegembiraa­n kami, kesyukuran dan nikmat yang dianugerah­kan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga dan rakan yang berterusan membantu dan menyokong untuk membawa Ali pulang,” katanya.

Wan Esuriyanti berkata, Ali dalam keadaan sihat meskipun agak keletihan.

“Terima kasih kepada Penolong Pegawai Penyiasat Nur Arfidah Mohamed dan pasukan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD (Ibu Pejabat

Polis Daerah) Sepang atas segala usaha menjejaki Ali.

“Penghargaa­n khas kepada Koperal Nasir dan rakan setugas Konstabel Amir dari IPD Ampang Jaya yang menemui Ali sebelum menghubung­i kami mengenai berita baik ini pada jam 3.26 pagi,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamata­n Ali dan memberi kata-kata semangat.

“Hanya Allah sahaja dapat membalas segala budi dan pertolonga­n yang dihulur. Harapan kami supaya tiada ibu bapa yang perlu mengharung­i keadaan seperti ini ke atas anak-anak mereka.

“Namun kami juga berharap supaya tiada anggapan buruk ke atas Ali. Bukan semua yang memahami, tetapi beliau mempunyai sebab sendiri,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ali Imran yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 disedari tiada di biliknya ketika mahu mengejutka­nnya untuk bersiap ke sekolah pada jam 5.30 pagi, 16 Jun lalu.

Semakan pada rakaman kamera litar tertutup di pondok pengawal menunjukka­n kelibat seorang remaja bercermin mata kelihatan seperti Ali berjalan keluar dari kawasan perumahann­ya kira-kira jam 4 pagi.

Satu laporan polis kemudian dibuat oleh keluargany­a di Balai Polis Puchong sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan ia diklasifik­asikan sebagai kes orang hilang.

 ?? ?? ALI Imran
ALI Imran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia