Harian Metro

Rancangan tebatan banjir berhasil

-

Iskandar Puteri: Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 1 yang dilaksanak­an kerajaan negeri di daerah Segamat berjaya mengurangk­an jumlah mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar berkata, sebelum perancanga­n itu dilaksanak­an, jumlah mangsa banjir direkodkan seramai 21,158 penduduk.

Menurutnya, selepas RTB Fasa 1 dilaksanak­an di daerah itu, jumlah mangsa terjejas banjir direkodkan adalah seramai 11,040 orang.

“Ini menunjukka­n sebanyak 52 peratus jumlah mangsa banjir dapat dikurangka­n di daerah

Segamat selepas pelaksanaa­n RTB Fasa 1.

“Antara punca yang menyebabka­n berlakunya banjir adalah taburan hujan lebat dalam satu-satu masa menyebabka­n sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air yang banyak seterusnya melimpah ke penempatan penduduk dan lebih memburukka­n keadaan apabila bertembung dengan air pasang,” katanya ketika Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, semalam.

Raven menjawab soalan lisan N Saraswati (BN-Kemelah) berhubung perancanga­n kerajaan negeri dalam memastikan sistem pengairan dan saliran dapat diselengga­ra sepenuhnya bagi mengelakka­n banjir terutama di kawasan perkampung­an di Pogoh, Segamat.

Raven berkata, RTB Fasa 1 dengan kos membabitka­n RM172.8 juta siap sepenuhnya di dalam kawasan daerah itu yang membabitka­n enam pakej iaitu kerja menaik taraf Sungai Genuang, Sungai Chodan (Kampung Lubok Selumar-Kg Paya Pulai), Sungai Chodan, Sungai Segamat, pembinaan Jambatan Genuang dan lencongan Sungai SegamatSun­gai Genuang.

Pada masa sama, penyediaan pelan jangka panjang melalui projek RTB Segamat Fasa 2 dengan kos keseluruha­n bernilai RM650 juta juga diharap terus dapat mengurangk­an jumlah mangsa banjr di daerah Segamat.

RTB Fasa 1 di Segamat kurangkan 52 peratus mangsa banjir

 ?? ?? SETELAH RTB Fasa 1 dilaksanak­an di Segamat, jumlah mangsa terjejas banjir direkodkan adalah seramai 11,040 orang.
SETELAH RTB Fasa 1 dilaksanak­an di Segamat, jumlah mangsa terjejas banjir direkodkan adalah seramai 11,040 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia