Harian Metro

Rai warisan 600 tahun

Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang kini dijadikan muzium Baba dan Nyonya

-

Keunikan masyarakat peranakan Baba dan Nyonya di Pulau Pinang mungkin kurang dikenali namun komuniti itu masih wujud dalam kalangan penduduk negeri itu yang kaya dengan pelbagai budaya dan warisan tersendiri.

Masyarakat Baba dan Nyonya di negara ini dipercayai sudah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilang­an Kesultanan Melayu Melaka menerusi aktiviti perdaganga­n dan sosio budaya oleh Laksamana

Cheng Ho.

Kaum minoriti tersebut menggelark­an diri mereka sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan kerana mereka mengamalka­n dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina dan pada masa sama turut mempraktik­kan budaya masyarakat Melayu.

Penang Peranakan Mansion atau Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang merupakan rumah orang kaya peranakan di Lebuh Church yang kini dijadikan sebagai muzium koleksi barang-barang antik Baba dan Nyonya.

Ia merupakan salah satu tumpuan para pelancong di

Pulau Mutiara. Rumah Agam Peranakan ini dibina pada akhir abad ke-19, dengan ciri-ciri panel kayu berukir Cina, jubin lantai Inggeris dan kerja logam Scotland. Rumah dua tingkat tersebut mempamerka­n lebih 1,000 koleksi pelbagai barangan yang diwarisi turun-temurun oleh keluarga Baba dan Nyonya.

Antara barangan koleksi yang dipamerkan ialah ruang bilik tidur, pakaian tradisiona­l, kasut manik, beg tangan, barangan ceramik, bakul, perkakasan dan sebagainya yang digunakan oleh Baba dan Nyonya.

Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 5 petang dan yuran masuk adalah RM20 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Manakala kanak-kanak berumur bawah 6 tahun adalah percuma.

 ?? ?? RUMAH Agam Peranakan Pulau Pinang mempamerka­n lebih 1,000 koleksi pelbagai barangan yang diwarisi turun-temurun oleh keluarga Baba dan Nyonya.
RUMAH Agam Peranakan Pulau Pinang mempamerka­n lebih 1,000 koleksi pelbagai barangan yang diwarisi turun-temurun oleh keluarga Baba dan Nyonya.
 ?? ?? Kaum Peranakan mengamalka­n dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina dan pada masa sama turut mempraktik­kan budaya masyarakat Melayu
Kaum Peranakan mengamalka­n dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina dan pada masa sama turut mempraktik­kan budaya masyarakat Melayu
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia