Harian Metro

Bahana hari kenal

Remaja dilarikan lelaki baru dikenali melalui media sosial

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

Kehilangan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sejak Khamis lalu terjawab apabila mangsa dikesan dilarikan seorang lelaki tempatan yang baru dikenali melalui media sosial.

Mangsa pelajar sekolah di daerah ini didakwa turut dicabul suspek berusia 39 tahun selepas dilarikan ke Melaka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya yang menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu bertindak melakukan tangkapan terhadap suspek di Kuala Lumpur.

“Pada jam 9.30 malam tadi (kelmarin), sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menangkap suspek.

“Sewaktu tangkapan dibuat, polis turut merampas telefon bimbit dan kenderaan digunakan suspek,” katanya.

Hoong Fong berkata, ibu bapa remaja perempuan itu sebelum ini membuat laporan polis pada jam 8 malam, Khamis lalu.

“Pengadu (ibu remaja itu) memaklumka­n pemandu van memberitah­u anak mereka tiada di kawasan sekolah selepas selesai waktu sekolah.

“Ibu mangsa bersama suami dimaklumka­n rakan sekolah bahawa anak mereka menaiki kereta dengan seorang lelaki selepas tamat sesi sekolah,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa adalah pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah di bawah pentadbira­n IPD Klang Selatan dan berkenalan dengan suspek melalui aplikasi Zaky pada 14 Jun lalu.

“Selepas berkenalan selama dua hari, mangsa dipercayai membuat temu janji bersama suspek di hadapan sekolah sebelum dilarikan ke Melaka.

“Mangsa dibawa ke sebuah bangunan rumah kedai dan suspek dipercayai melakukan hubungan seks bersama mangsa,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek kemudian menghantar mangsa ke Sentul atas permintaan mangsa pada jam 11.30 malam, Jumaat.

“Selepas diturunkan di kawasan Sentul, mangsa meminta bantuan rakannya sebelum dia membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

 ?? ?? KENDERAAN yang dipakir di kiri dan kanan bahu jalan utama di Presint 16 menyebabka­n laluan itu menjadi sesak ketika waktu puncak. - Gambar NSTP/ SAMADI AHMAD
KENDERAAN yang dipakir di kiri dan kanan bahu jalan utama di Presint 16 menyebabka­n laluan itu menjadi sesak ketika waktu puncak. - Gambar NSTP/ SAMADI AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia