Harian Metro

BAHAYA ‘MAUT EKONOMI’

60% masyarakat kita tiada daya tahan jika ditimpa kejutan kenaikan kos sara hidup

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Kira-kira 60 peratus daripada rakyat Malaysia tiada daya tahan ekonomi sekiranya ditimpa kejutan seperti kenaikan kos sara hidup mendadak sebagaiman­a yang melanda negara sekarang.

Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman berkata, ada kajian mendedahka­n bahawa sudah wujud kategori economical­ly dead (maut ekonomi) yang merangkumi sehingga lima peratus daripada masyarakat termiskin di bandar dan luar bandar.

Katanya, dilihat inisiatif kerajaan sedia ada belum mencukupi untuk menangani pandemik kemiskinan pasca Covid-19.

“MTEM juga gusar melihat kemiskinan masyarakat Melayu dan Bumiputera khususnya paling ramai terkesan berbanding masyarakat lain.

“Kami khuatir sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, ia turut menghimpit seluruh lapisan rakyat secara keseluruha­n, bahkan secara tak langsung boleh menyumbang kepada penularan gejala sosial, kegiatan jenayah dan ketegangan hubungan antara kaum.

“Pihak MTEM ingin menyaranka­n supaya kerajaan segera melaksanak­an langkah khusus bagi menangani krisis ekonomi yang menyasarka­n golongan B60.

“Antaranya ialah dengan meluaskan agihan serta menambah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk merangkumi sehingga lima peratus masyarakat termiskin dan tidak terhad kepada golongan ‘miskin tegar’ semata-mata,” katanya kepada media sempena Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia

Pasca Panamat demik di sini, semalam. Ahmad Yazid berkata, isu kemiskinan ini serius dan perlu diutamaleb­ih-leWaKemakm­uran kan, bih lagi wasan Bersama 2030 (WKB2030) yang patut dimenje203­0, capai lang sasarannya sudah meningkat sebanyak 13 tahun iaitu pada 2043.

Menurutnya, isu Malaysia yang dijangka mencapai status negara menua menjelang 2030 juga sesuatu yang perlu ditanggung negara kerana 34 peratus rakyat didapati tidak mempunyai wang yang cukup untuk bersara.

“Jadi, dengan pengeluara­n wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyukarka­n lagi kebanyakan rakyat Malaysia untuk bertahan.

“Kesan pandemik ini sebenarnya lebih bersifat jangka panjang dan kita berharap kerajaan bersama dengan pemegang taruh ekonomi mampu memberi satu penyelesai­an dan memperhalu­si bagaimana kaedah yang kita perlu fikirkan.

“Ada juga beberapa cadangan diberikan iaitu dengan membawa masuk lebih banyak pelaburan yang memberi gaji lebih baik dan kita perlukan cukai lebih progresif.

“Selain itu, kita perlu ambil perhatian mengenai hasil negara yang banyak digunakan untuk membayar hutang dan memberi subsidi kepada yang tidak selayaknya,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif untuk melonjakka­n ekonomi luar bandar juga perlu diusahakan dengan menambah nilai perkhidmat­an, menggunaka­n teknologi terkini dan menggalakk­an penyelesai­an luar kotak.

Katanya, semua ini mampu dilaksanak­an memandangk­an kos pelaksanaa­n usaha terbabit hanya sekitar 20 peratus daripada kos subsidi minyak.

 ?? ?? MTEM saran kerajaan melaksanak­an langkah khusus menangani krisis ekonomi yang menyasarka­n golongan B60.
MTEM saran kerajaan melaksanak­an langkah khusus menangani krisis ekonomi yang menyasarka­n golongan B60.
 ?? ?? AHMAD Yazid
AHMAD Yazid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia