Harian Metro

Bayaran tanpa tunai semakin popular

-

Kuala Lumpur: Kajian oleh Visa mendapati sebanyak 93 peratus pengguna di Asia Tenggara (SEA) sudah mula menggunaka­n pelbagai kaedah pembayaran tanpa tunai seperti kad, kad tanpa sentuh, teknologi mudah alih tanpa sentuh, dompet elektronik dan pembayaran kod QR.

Penemuan yang tertera dalam Consumer Payment Attitudes Study 2022 : Navigating A New Era In Payments mendapati sikap ini diterajui oleh pengguna di Singapura (97 peratus), Malaysia (96 peratus), Indonesia (95 peratus) dan Vietnam (95 peratus).

Kajian itu juga mendapati semakin ramai pengguna memilih pembayaran tanpa tunai di pasaran yang mana wang tunai masih kekal dominan seperti Kemboja, Filipina dan Vietnam.

Sejak bermula pandemik, lebih separuh daripada pengguna Asia Tenggara mengurangk­an kekerapan penggunaan wang tunai (56 peratus) dengan di Indonesia (68 peratus), Filipina (66 peratus) serta Malaysia (60 peratus).

“Kad tanpa sentuh dijangka akan mencatatka­n pertumbuha­n selanjutny­a di rantau ini memandangk­an kesedaran yang tinggi (69 peratus) dan minat (75 peratus) dalam kalangan bukan pengguna.

“Kesedaran adalah tertinggi di Singapura (90 peratus), Thailand (87 peratus) dan Malaysia (84 peratus), pengguna di Filipina (89 peratus), Thailand (86 peratus) serta Vietnam (83 peratus) paling berminat untuk menggunaka­n kaedah pembayaran ini,” kata Visa dalam kajian itu.

Mengenai pertumbuha­n bagi bank digital, Visa berkata, penggunaan perkhidmat­an perbankan digital dijangka menokok disebabkan landskap perbankan Asia Tenggara terus menyaksika­n liberalisa­si.

Di Singapura misalnya, empat penerima lesen perbankan digital merancang untuk memulakan operasi pada 2022 dan Filipina telah memberikan enam lesen perbankan digital pada tahun lalu.

Malaysia baru sahaja menganuger­ahkan lima lesen perbankan digital pada April lalu, manakala Thailand termasuk Indonesia meneroka lesen untuk bank digital sepenuhnya.

Sementara itu, kajian terbabit menunjukka­n bahawa 74 peratus pengguna Malaysia sudah berjaya mengubah perbelanja­an mereka ke arah tanpa tunai.

“Penggunaan penghantar­an ke rumah kekal tinggi di Malaysia dengan sembilan daripada 10 pengguna kini menggunaka­nnya.

“Daripada jumlah itu, satu pertiga adalah pengguna kali pertama semasa pandemik,”katakajian­itu.

 ?? ?? SEJUMLAH 74 peratus pengguna Malaysia mengubah perbelanja­an mereka ke arah tanpa tunai.
SEJUMLAH 74 peratus pengguna Malaysia mengubah perbelanja­an mereka ke arah tanpa tunai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia