Harian Metro

Kolaborasi Aeon, Nestle KitKat variasikan pastri

-

Petaling Jaya: Aeon Co (M) Bhd (Aeon) komited menawarkan pelbagai variasi bagi produk pastri Aeon La Boheme di seluruh cawanganny­a menerusi kolaborasi bersama Nestle KitKat.

Ketua Aeon Delicatess­en dan Ketua Pusat Pemprosesa­n Makanan Aeon, Azidah Alimuddin berkata, Aeon sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik.

“Justeru, kami mengambil inisiatif untuk bekerjasam­a dengan KitKat, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilk­an produk pastri enak dan berkualiti.

“La Boheme yang diperakui halal di Aeon menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding.

“Kali ini, kami menampilka­n menu yang mengetenga­hkan resipi bersama KitKat untuk digabungka­n dengan barisan roti La Boheme terutama kroisan yang paling diminati pelanggan,” katanya pada majlis Kerjasama Aeon La Boheme dan KitKat di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Aeon BiG (M) Sdn Bhd, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Pegawai Eksekutif Perniagaan

Nestle Profession­al, Yit Woon Lai.

Aeon BiG Jaya One menjadi cawangan pertama yang memperkena­lkan produk Aeon La Boheme KitKat itu dan seterusnya akan berada di semua rangkaian Aeon di seluruh Malaysia.

Terdapat lima produk pilihan diperkenal­kan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut,

Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf.

Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan Aeon Co dan Aeon Big.

Sementara itu, Sheikh Farouk berkata, pihaknya menyasarka­n peningkata­n jualan antara lima ke 10 peratus bagi produk La Boheme KitKat.

 ?? ?? JAZRUL bersama produk pembekal tenaga segera bagi membantu atlet atau golongan yang minat bersukan.
JAZRUL bersama produk pembekal tenaga segera bagi membantu atlet atau golongan yang minat bersukan.
 ?? ?? VILLARI
VILLARI
 ?? ?? AZIDAH
AZIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia