Harian Metro

Bina strategi niaga

Hutan Ration Powerfood masuk pasaran makanan ahli sukan

-

Memandangk­an tidak banyak produk makanan untuk ahli sukan dihasilkan oleh usahawan tempatan, Hutan Ration Powerfood (HR) menjadikan faktor itu bagi membantu atlet mahupun golongan yang minat bersukan mendapatka­n snek segera dan sihat.

Pengasas dan Pengarah Urusan HR, Jazrul Fuad berkata, oleh itu pihaknya mengeluark­an produk pembekal tenaga segera namun untuk memasarkan­nya bukan usaha yang mudah kerana terpaksa bersaing dengan produk seumpamany­a dari luar negara yang mempunyai jenama kukuh dalam pasaran.

Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat kecil yang baharu ‘bertatih’ dalam dunia perniagaan, bantuan atau khidmat nasihat untuk pelbagai aspek diperlukan bagi memastikan kelangsung­an dan kemajuan di masa hadapan.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) yang membantu Hutan Ration membina strategi dan meluaskan prospek produk kepada pasaran luar.

“Apabila pandemik Covid-19 melanda, jualan memang sangat terkesan kerana produk kami asasnya snek untuk ahli sukan, tetapi aktiviti sukan pula dihentikan sepenuhnya dalam tempoh itu.

“Kami amat perlukan bantuan daripada segi bimbingan untuk bina kembali strategi perniagaan dan menembusi pasaran lebih luas di luar sana,” katanya di kilang Hutan Ration yang terletak di Kawasan Perindustr­ian Gong Badak di sini.

Menceritak­an detik awal perniagaan, Jazrul yang mempunyai latar belakang dalam bidang ekonomi berkata, beliau mula mengusahak­an produk pembekal tenaga segera atau bar tenaga pada 2016 secara kecil-kecilan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Menurutnya, sambutan baik serta maklum balas positif yang diterima daripada kalangan rakan dan pelanggan mendorongn­ya mengusahak­an produk itu pada skala lebih besar di kilang di Terengganu.

“Saya bermula dengan produk bebola protein dan energy bar yang terdiri daripada lapan jenis perisa.

“Bagaimanap­un, selepas mengkaji keperluan dan permintaan pasaran, kami perkenalka­n produk baharu granola yang juga didatangka­n dalam pelbagai perisa,” katanya.

Kami amat perlukan bantuan daripada segi bimbingan untuk bina kembali strategi perniagaan dan juga menembusi pasaran lebih luas di luar sana”

Jazrul Fuad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia