Harian Metro

Bunyi di telefon bimbit selamat anak kucing

-

Washington: Pihak berkuasa di Virginia menyelamat­kan seekor anak kucing dari longkang menggunaka­n peralatan dan telefon bimbit yang digunakan untuk menghasilk­an bunyi kucing, lapor Portal UPI.com pada Jumaat.

Pegawai Penjagaan dan Kawalan Haiwan Petersburg bersama kakitangan dari Kerja Raya Petersburg dan Jabatan Bomba Petersburg menerima aduan selepas seorang pegawai polis di South Jones Street melaporkan mendengar bunyi anak kucing di dalam longkang.

Pegawai Kawalan Haiwan Jessica Calloway cuba mencapai anak kucing itu dengan memanjat ke lubang berhampira­n, tetapi anak kucing itu ketakutan dan akan melarikan diri apabila didekati.

Penyelamat akhirnya menggunaka­n telefon bimbit untuk memainkan bunyi kucing yang menarik anak kucing itu keluar.

Ia kemudian keluar dari persembuny­iannya ke arah Calloway yang kemudian boleh ditangkap.

Penjagaan dan Kawalan Haiwan dalam catatan Facebook memuji Calloway dan menganggap­nya seorang yang benar-benar prihatin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia