Harian Metro

Kucing makan tuan

Mayat wanita jadi santapan binatang peliharaan kelaparan

-

“Ia memakan tuannya kerana tidak ada makanan dan sangat lapar Penyelamat haiwan

Dimakan 20 kucing peliharaan sendiri. Itu yang berlaku kepada mayat seorang wanita di bandar Bataysk di Rostov Oblast, Rusia yang meninggal dunia di rumahnya.

Mirror pada Sabtu melaporkan wanita itu meninggal dunia dua minggu lalu sebelum ditemukan dan dia dimakan kucing daripada baka Maine Coon yang dipelihara­nya.

Ketika ditemukan polis, mayatnya dikeliling­i kucing-kucing berkenaan yang diketahui umum dengan sifat pasif dan lembut.

Bagaimanap­un, dalam keadaan lapar selama beberapa minggu, kucing berkenaan bertindak di luar kawalan untuk bertahan dan terus hidup.

Penyelamat haiwan itu berkata, kucing itu bertindak memakan tuan mereka kerana tidak ada makanan dan sangat lapar.

“Kucing-kucing itu dibiarkan selama dua minggu tanpa makanan. Itu kita faham. Mereka makan apa yang ada,” katanya.

Beberapa kucing milik wanita itu yang masih sihat dijual kepada pemilik baharu pada harga GBP30 (RM165) seekor.

Kejadian haiwan makan tuan bukanlah isu baharu kerana kejadian sama dilaporkan tahun lalu di Madrid, Sepanyol.

Dalam kejadian itu, jiran terpaksa menghubung­i polis selepas tercium bau busuk dan mendapati banyak lalat di sekitar rumah mereka.

Mangsa dimakan oleh tujuh kucing dengan lima daripadany­a ditemukan mati di sisi mayat berkenaan.

 ?? ?? ANTARA kucing peliharaan yang memakan mayat tuannya akibat kelaparan. - Foto Agensi
ANTARA kucing peliharaan yang memakan mayat tuannya akibat kelaparan. - Foto Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia