Harian Metro

Bakat terpendam melukis guna kaki

-

Mexico City: Seorang pelukis memukau peminatnya selepas berkongsi beberapa siri potret selebriti yang dilukis menggunaka­n kaki, lebih baik berbanding lukisan dihasilkan dengan tangan.

Mirror melaporkan Rene Vignola memutuskan untuk mencuba teknik yang berbeza dan terjumpa bakat terpendam yang luar biasa untuk melukis menggunaka­n kaki, yang disebut sebagai PataDibujo­s dalam bahasa Sepanyol, bermaksud ‘lukisan kaki’.

Dalam satu siri video memukau yang dikongsi melalui TikTok, lelaki berusia 21 tahun itu dilihat menggengga­m pen dengan mahir di antara ibu jari kaki dan kedua-dua kakinya, sebelum melukis gambar beberapa selebriti terkenal.

Dia sebelum ini menghasilk­an potret Glastonbur­y, Billie Eilish, penyanyi rap Kanye West serta pelakon Will Smith dan bintang pop Ariana Grande.

“Saya sentiasa berminat dengan sesuatu berkaitan seni. Saya menemui kemahiran baru ini dalam usaha keluar dari konvension­al.

“Saya memutuskan untuk mencuba cabaran artistik baharu untuk diri saya sendiri,” kata pemuda itu. - Agensi

 ?? ?? RENE tampil dengan kelainan dan melukis menggunaka­n kaki.
RENE tampil dengan kelainan dan melukis menggunaka­n kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia