Harian Metro

UKM IPTA ke-3 terbaik di Malaysia

-

“Tidak mendapat semua A tidak semestinya cita-cita yang diimpikan tertutup rapat. Jadikan anggaplah apa yang berlaku hari ini sebagai langkah pertama untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Kekuatan kendiri dan sokongan pelbagai pihak juga membantu pelajar lepasan SPM

2021 bersemanga­t dan meneruskan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

“Oleh itu, sokongan pelbagai pihak dalam memastikan pelajar lepasan SPM meneruskan pendidikan di menara gading penting bagi menentukan hala tuju masa depan mereka,” katanya.

Dr Kama berkata, pembabitan ibubapa dalam mencorakka­n masa depan anak-anak dan sokongan komuniti pasti memberi impak yang besar bukan saja dalam sistem pendidikan negara tetapi kerjaya pelajar juga.

“Pelbagai tawaran yang disediakan terutama pihak kementeria­n seperti Kementeria­n Pengajian Tinggi, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan sebagainya untuk melanjutka­n pengajian juga dapat membantu merencana peluang pendidikan yang lebih luas.

“Pembabitan pihak swasta turut memeriahka­n peluang pendidikan masa depan pelajar lepasan SPM. Akhirnya diharapkan sokongan pelbagai pihak memberi satu mandat dan kekuatan kepada pelajar lepas SPM meneruskan pengajian mereka,” katanya.

Tuntasnya, menurut Dr Kama, pendidikan di Malaysia adalah berlandask­an Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membangunk­an insan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia yang sejahtera serta dapat menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Pendidikan itu adalah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa serta negara.

“Jatuh bangunnya sesuatu negara bergantung kepada generasi masa depan dan sistem pendidikan yang holistik.

“Oleh itu, konsep Keluarga Malaysia perlu diterjemah­kan dengan ahli warganya yang berilmu, beramal dan mengaplika­si ilmu sesuai dengan Pendidikan Global dan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini berada dalam kalangan sembilan peratus universiti terbaik di dunia melalui penarafan yang dikeluarka­n QS World University Rankings

(QS WUR) 2023 yang diumumkan, khamis lalu.

Kejayaan itu menunjukka­n UKM kini berada dikeduduka­n ke-129 dunia, naik 15 anak tangga berbanding kedudukan ke-144 pada tahun lepas.

Kejayaan itu juga meletakkan UKM berada di kedudukan ke-3 Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Sejak tahun 2014, UKM sudah melonjak 140 anak tangga dan sepanjang 10 tahun penilaian dibuat, universiti itu meningkat kedudukann­ya sebanyak tujuh kali.

Berdasarka­n enam indikator yang dinilai iaitu reputasi akademik

(40 peratus), reputasi majikan (10peratus), nisbah pelajar:pensyarah (20 peratus), nisbah sitasi:pensyarah (20 peratus), pensyarah antarabang­sa (5 peratus) dan pelajar antarabang­sa (5 peratus), nisbah pelajar:pensyarah mencatatka­n kedudukan ke-70 dunia.

Dalam kenyataan media yang dikeluarka­n Naib Canselor, Prof Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, penilaian itu dibuat berdasarka­n sistem dan proses yang teratur, disusun dari segi strategi serta impaknya adalah kepada universiti dan masyarakat.

“UKM tidak mungkin boleh berada di aras ini jika tidak kerana kesungguha­n seluruh warga univerisit­i, semangat Kerjasama, strategik serta berfikiran di luar kotak.

“Paling utama, implikasi kepada lemakmuran masyarakat dan pemegang taruh,” katanya.

Dr Mohd Ekhwan berkata, kerja keras yang ditunjukka­n oleh seluruh warga UKM yang memahami citra universiti watan itu sduah membawa naratif berbeza kejayaan UKM dalam penarafan QS WUR 2023.

“Apa yang penting bukan ranking dan rating tetapi manifestas­i daripada kejayaan UKM untuk terus melonjak ke aras lebih tinggi dan diiktiraf oleh penilaian antarabang­sa,” katanya.

 ?? ?? UKM kini berada dikeduduka­n ke-129 dunia dan ke-3 di Malaysia.
UKM kini berada dikeduduka­n ke-129 dunia dan ke-3 di Malaysia.
 ?? ?? DR Mohd Ekhwan
DR Mohd Ekhwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia