Harian Metro

PAKEJ CANTIK, MAMPU MILIK

Prinsip jadi pegangan tukang jahit untuk pastikan tudung, pakaian pilihan pelanggan

-

pelanggann­ya.

Atas dasar itu, tidak hairanlah ibu kepada dua cahaya mata ini tidak menang tangan memenuhi tempahan yang diterima sepanjang tahun daripada seluruh negara.

Amyierza berkata, dia mula belajar menjahit daripada ibunya ketika masih lagi bekerja sebagai guru tadika.

Katanya, disebabkan setiap hari perlu memakai pakaian berbeza, dia belajar untuk menjahit pakaian sendiri bagi menjimatka­n wang.

“Pada mulanya, saya minta ibu jahitkan, namun ditolak kerana ibu mahu saya belajar hasilkan sendiri.

“Alhamdulil­lah, hasil daripada tunjuk ajar ibu dan carian di Internet, lama-kelamaan saya dapat menguasai kemahiran menjahit pakaian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sejak itu minat terhadap bidang jahitan semakin menebal sehingga dia membuat keputusan untuk menjadi tukang jahit sepenuh masa.

“Pada mulanya, saya hanya berani mengambil tempahan menjahit dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja kerana masih belum yakin.

”Apabila ramai ahli keluarga berpuas hati dan ada pelanggan yang menyatakan minat, secara perlahan-lahan saya mengambil tempahan tudung sebelum mula memberanik­an diri menjahit pakaian sehingga ke hari ini,” katanya.

Katanya, bekerja dari rumah, menuntut fokus dan disiplin yang tinggi kerana dia perlu bijak menguruska­n masa dengan baik antara kerja dan keluarga.

“Biarpun mempunyai masa yang agak fleksibel, selepas menghantar anak ke

 ?? ?? SENTIASA menitikber­atkan kualiti pakaian yang dihasilkan.
SENTIASA menitikber­atkan kualiti pakaian yang dihasilkan.
 ?? FOTO IHSAN ZAIMIDAH MOHD ??
FOTO IHSAN ZAIMIDAH MOHD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia