Harian Metro

Pertembung­an paling sukar

Zii jia sudah beri aksi terbaik sebelum kecundang

-

Kuala Lumpur

Jaguh badminton perseorang­an profesiona­l negara, Lee Zii Jia mengakui pertarunga­n menentang pemain di ranking pertama dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, malam kelmarin, antara pertembung­an paling sukar pernah diharungin­ya setakat ini.

Zii Jia yang berada di ranking kelima dunia berkata, walaupun sudah mengerah kudrat dan memberi fokus pada perlawanan cukup genting di separuh akhir Terbuka Indonesia itu, ternyata Axelsen

lebih hebat seterusnya melangkah ke final.

“Boleh dikatakan tiada siapa boleh mengalahka­n dia (Axelsen). Perlawanan malam tadi (kelmarin) saya sudah memberikan yang terbaik dan fokus mahu memenangi pertarunga­n itu.

“Jika melihat daripada segi mental, dia cukup kuat dan pemain lain agak sukar untuk menewaskan­nya,” katanya.

Zii Jia terus kempunan untuk meraih gelaran ketiga musim ini selepas tewas kepada Axelsen 2119,11-21,21-23 di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia.

Beraksi di Stadium Istora Senayan, Jakarta, Zii Jia bermula dengan baik apabila menjinakka­n Axelsen 21-19 pada set pertama, namun terpaksa akur apabila tewas 11-21 di set kedua.

Zii Jia mendahului set ketiga dengan baik pada awal saingan sebelum Axelsen mempamerka­n kebangkita­n di pertengaha­n saingan dan aksi semakin mendebarka­n di hujung perlawanan sebelum Zii Jia kecundang 2123.

Pertembung­an antara Zii Jia dan Axelsen itu adalah yang ketujuh dengan rekod kemenangan memihak kepada pemain Denmark itu, 5-2.

Sebelum ini, Zii Jia meraih dua gelaran juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand bulan lalu.

 ?? ?? Zii Jia mendahului set ketiga dengan baik pada awal saingan sebelum Axelsen mempamerka­n kebangkita­n.
Zii Jia mendahului set ketiga dengan baik pada awal saingan sebelum Axelsen mempamerka­n kebangkita­n.
 ?? ??
 ?? ?? PASANGAN Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di separuh akhir Terbuka Indonesia.
PASANGAN Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di separuh akhir Terbuka Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia