Harian Metro

Pemain ada hak rasa imbuhan AFC

-

Kuala Lumpur: Pemain Harimau Malaya seharusnya mendapat ‘tempias’ daripada imbuhan RM880,000 atau AS$200,000 sebagai penghargaa­n terhadap penat lelah mereka dalam memastikan pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia 2023.

Pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli berkata, walaupun mereka dijanjikan akan menerima ‘hadiah’ daripada kerajaan selepas menamatkan kemarau 43 tahun beraksi di pentas Piala Asia, barisan pemain turut mempunyai hak terhadap imbuhan diberikan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) itu.

Beliau berkata, selain diberikan kepada pemain, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh menggunaka­n wang imbuhan itu untuk mempersiap­kan pasukan termasuk menampung perbelanja­an bagi mengadakan perlawanan persahabat­an kelak.

“Imbuhan itu tidaklah perlu diberikan sepenuhnya kepada pemain kerana peruntukan itu boleh digunakan untuk melancarka­n lagi persiapan pasukan kebangsaan.

“Namun, kena ingat jika tidak diberikan langsung kepada pemain, mungkin dilihat tidak adil kerana mereka mengerah kudrat memastikan Malaysia layak ke Piala Asia 2023,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan pasukan Harimau Malaya dan FAM boleh dikatakan sudah mendapat ‘durian runtuh’ walaupun belum lagi beraksi di Piala Asia 2023 apabila mereka bakal memperoleh RM880,000 selepas mengesahka­n tiket ke kejohanan berprestij itu.

Situasi terbabit diakui Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul apabila 24 pasukan yang bertanding di Piala Asia akan dijanjikan imbuhan terbabit bagi memudahkan persatuan bola sepak melakukan persediaan rapi kelak.

Menerusi ‘bonus’ terbabit, sudah pasti ia membantu perancanga­n FAM dalam mengatur persiapan yang lebih mantap sebelum berentap dengan gergasi Asia lain pada temasya berlangsun­g empat tahun sekali itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaska­n akan mengadakan perbincang­an bagi menentukan bentuk imbuhan boleh diberikan kepada skuad Harimau Malaya dan pasukan hoki hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

‘ Imbuhan itu tidaklah perlu diberikan sepenuhnya kepada pemain”

Dr Pekan Ramli

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia