Harian Metro

Nafuzi bangga kesungguha­n anak buah

-

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tabik terhadap kesungguha­n anak buahnya yang tidak mengenal erti penat lelah sebelum melakar kemenangan 2-0 ke atas juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam kelmarin.

Beliau berkata, semestinya tempoh rehat panjang boleh mengganggu prestasi pasukannya lebih-lebih lagi ada dalam kalangan pemain tidak dapat bersama pasukan dalam tempoh agak lama kerana tugasan dengan skuad kebangsaan sama ada senior atau Bawah 23 tahun.

Namun, katanya, anak buahnya mengetepik­an perkara itu dan berusaha memperagak­an aksi terbaik untuk melakar kemenangan ketiga musim ini, sekali gus melonjak di tangga keenam Liga Super daripada kedudukan kedua tercorot liga sebelum ini.

“Tahniah buat semua pemain yang memperagak­an aksi terbaik bermula minit pertama hingga ke minit akhir perlawanan, walaupun saya akui bukan mudah selepas hampir dua bulan tanpa perlawanan kompetitif sebenar.

“Ini adalah permulaan baik buat pasukan meneruskan momentum kemenangan walaupun terpaksa berhempas-pulas untuk memecah benteng pertahanan pelawat yang kental bertahan sehingga minit ke-74.

“Bagi saya faktor kepenatan pemain tidak begitu ketara dan saya percaya mereka mempunyai mental kuat untuk merakam kemenangan.

“Cuma bagi sesetengah pemain yang tidak berlatih bersama pasukan kerana beraksi dengan pasukan kebangsaan, mereka nampak sedikit bergelut, tapi secara keseluruha­n mereka memperagak­an aksi terbaik,” katanya.

 ?? ?? PEMAIN Terengganu FC, Tcheche Kipre (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur City FC, Muhamad Akram Mahinam (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
PEMAIN Terengganu FC, Tcheche Kipre (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur City FC, Muhamad Akram Mahinam (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia