Harian Metro

Enggan dabik dada

Sabah FC tidak mahu selesa di tangga teratas liga

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Berada di kemuncak Liga Super ketika ini bukan tiket untuk Sabah FC mendabik dada dengan beraksi sambil lewa pada perlawanan akan datang.

Sebaliknya, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya terus mengekalka­n momentum kemenangan dengan mengurangk­an kesilapan kerana boleh menjerat pasukan kelak.

Katanya, ketika ini banyak perubahan perlu dilakukan kepada pasukan dalam usaha memastikan gawang tidak mudah dibolosi lawan, sekali gus boleh menjerat daripada mengumpul tiga mata penting.

“Saya mahu anak buah kekal fokus dan perbaiki kesilapan mudah kerana berada di kemuncak Liga Super bukan bererti kita mengecapi kejayaan.

“Ini baru permulaan, banyak lagi yang perlu diperbaiki dan diperkukuh­kan. Saya memuji kesungguha­n pemain untuk memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Sabah FC memintas Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berada di tangga teratas Liga Super selepas menang 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Skuad Tambadau membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyerang import dari Brazil, Neto Pessoa sebelum bertambah selesa lapan minit kemudian menerusi jaringan pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama yang tangkas mengatasi empat pemain pertahanan sebelum menggegark­an gawang.

Sri Pahang merapatkan jurang gol menerusi penalti Manuel Hidalgo pada minit ke-60.

Sabah FC berada di tangga teratas liga dengan 18 mata selepas lapan perlawanan iaitu kelebihan dua mata berbanding juara lapan kali berturut-turut, JDT yang mengumpul 16 mata selepas enam perlawanan.

 ?? ?? PEMAIN Sabah FC, Taiki Kagayama
(kiri) mengejar bola daripada dirampas pemain Sri Pahang FC, Mohamad Azwan Aripin ketika saingan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Likas.
PEMAIN Sabah FC, Taiki Kagayama (kiri) mengejar bola daripada dirampas pemain Sri Pahang FC, Mohamad Azwan Aripin ketika saingan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia