Harian Metro

MU puas hati kongsi mata dengan NSFC

-

Melaka: Berkongsi satu mata dengan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dianggap adil buat jurulatih Melaka United (MU), Mohd Asri Ninggal ketika berdepan kekangan kekurangan pemain pertahanan.

Baginya, terikat 0-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam kelmarin, diakui amat penting kerana ketiadaan pemain pertahanan tengah, Mohamad Fadhli Shas yang digantung perlawanan selain Akmal Zahir yang kini mewakili Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Asri berkata, bertambah parah selepas Justin Bass yang berada di posisi berkenaan dikeluarka­n pada babak kedua kerana kecederaan.

Katanya, apapun, pemain gantian bermain dengan baik walaupun susuk badan mereka jauh lebih rendah berbanding barisan pemain dan penyerang lawan.

“Malah, kami menyerap saingan getir prestasi pasukan lawan yang berada di tangga ketiga liga ketika ini selain dibarisi tiga pemain kebangsaan.

“Kami tidak dapat menurunkan Emmanuel Oti pada perlawanan terbabit kerana dia masih berada di Ghana, namun pemain menunjukka­n persembaha­n membanggak­an,” katanya.

Lain pula nada jurulatih NSFC, K Devan yang mengakui tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan selepas pemainnya gagal menyudahka­n beberapa peluang terhidang.

Katanya, anak buahnya menguasai babak awal permainan dan mereka sepatutnya boleh mendapat lebih daripada satu mata, Melaka turut memiliki ruang menjaringk­an gol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia