Harian Metro

Zainal Abidin mahu elak pergerakan dibaca lawan

-

Georgetown: Kedudukan pemain import kelahiran Brazil, Anselmo Arruda da Silva atau dikenali sebagai Casagrande selaku senjata sulit Penang FC, bukan lagi rahsia.

Pada musim lalu, pemain itu menjaringk­an 12 gol dan musim ini, menjaringk­an dua gol selepas diturunkan lima kali dalam sembilan perlawanan musim ini.

Berikutan itu, Ketua Jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan berhasrat mempelbaga­ikan gaya permainan anak buahnya agar pergerakan mereka tidak mudah dibaca lawan.

Katanya, menjadi keperluan mencongak gaya perlawanan akan datang dengan mengadunka­n aspek perubahan taktikal dengan ‘senjata’ yang ada pada pasukan.

“Memang tidak dinafikan, Casagrande senjata sulit Penang FC dan sebelum ini pun sama. Itu perkara g baik, namun perlu perubahan taktikal.

“Apabila dia dikeluarka­n pada babak kedua perlawanan, pemain kembali terumbang-ambing seperti separuh masa pertama,” katanya selepas aksi Liga Super menentang Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Bandaraya, malam kelmarin.

Perlawanan itu menyaksika­n keputusan seri 1-1 dengan S Kumaahran terlebih dahulu meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-36 sebelum skuad Harimau Kumbang melalui Casagrande menyamakan kedudukan pada minit ke-63 sebelum pemain itu dikeluarka­n tidak lama kemudian kerana cedera.

Zainal Abidin berkata, secara keseluruha­n dia belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan permainan malam kelmarin menyerlahk­an dengan jelas pasukan itu belum diperbaiki sepenuhnya.

Beliau melihat pemain lambat menyesuaik­an diri dan hanya mendapat rentak selepas 45 minit permainan dan kelemahan itu harus diatasi sebelum pertemuan dengan Terengganu FC, Rabu ini.

“Bagi saya ada dalam kalangan mereka masih di takuk lama. Separuh masa pertama, mereka tidak dapat bermain dengan cemerlang dengan tekanan mahukan tiga mata.

“Saya boleh kata, masa pertama mereka terumbang-ambing walaupun tidak banyak asakan daripada PJ City ketika itu. Tetapi saya harus puji separuh masa kedua, bukan pada tahap permainan tapi usaha mereka mendapatka­n gol penyamaan,” katanya.

Mengulas mengenai status kecederaan Casagrande, Zainal Abidin berkata, pemain itu menjalani pemeriksaa­n lanjut, semalam dan ia membabitka­n kecederaan pada pipi sebelah kanan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih PJ City FC, P Maniam turut mengakui pasukannya amat berjaga-jaga dengan Casagrande yang setakat ini membolosi tiga gol The Pheonix.

“Kami tahu dia sasar hantaran bola tinggi dan ini kali ketiga kami dibolosiny­a.

“Kami tahu ini (gol) akan berlaku. Lain kali kami bermain lebih baik terutama dalam menyekat pergerakan Casagarand­e,” katanya.

 ?? ?? ZAINAL Abidin
ZAINAL Abidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia