Harian Metro

‘Anak lemah sejurus pulang’

-

Kota Bharu: “Saya tidak tahu anak dibawa keluar bapa saudaranya bila dia tiada di rumah, namun keadaan anak amat lemah ketika mereka pulang pada jam 5 petang (Sabtu lalu),” kata ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana terdapat kandungan dadah dalam badan.

Wanita berkenaan berkata, anaknya dibawa keluar oleh lelaki terbabit di luar pengetahua­nnya pada jam 2 petang Sabtu lalu dan dia cuba mencari mereka kerana berasa bimbang.

Menurut wanita berkenaan, sebaik anak bongsu daripada tiga beradik itu pulang, dia terus bimbang kerana melihat keadaan kanak-kanak itu yang letih dan pucat sebelum menidurkan mangsa.

“Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak membuatkan saya tidak sedap hati selain wajahnya kelihatan semakin pucat.

“Saya tersedar kira-kira jam 1 pagi semalam (kelmarin) dan melihat keadaan anak semakin teruk yang mana keseluruha­n tubuhnya pucat dan sangat lemah seolah-olah sudah meninggal dunia.

“Tanpa berlengah, kami terus membawanya ke Hospital Kuala Krai dan alangkah terkejutny­a apabila dimaklumka­n keadaan anak (kritikal) disebabkan dadah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkara itu berlaku kerana lelaki berkenaan tidak pernah membawa anak saudaranya ke mana-mana sebelum ini walaupun sering datang ke rumahnya.

Katanya, anaknya kini ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dan keadaannya masih kritikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia