Harian Metro

Keputusan bela diri atau bebas Samirah, 2 remaja hari ini

-

Shah Alam: Nasib Samirah Muzaffar dan dua remaja akan diketahui hari ini sama ada mereka akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman dijangka membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan berkenaan pada jam 9 pagi hari ini.

Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, yakni mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Samirah, 47, dan dua remaja maka mereka akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan adalah sebaliknya, ketiga-tiga tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pada 22 April lepas, Hakim Ab Karim menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk menyampaik­an keputusann­ya selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, walau bagaimanap­un, tarikh berkenaan ditunda kepada 21 Jun.

Pasukan pendakwaan dianggotai oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar manakala pasukan pembelaan pula terdiri daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

Pada 14 Februari lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil sebanyak 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; serta pengawal keselamata­n kediaman si mati Raju Kumar Pandit.

Perbicaraa­n tersebut bermula pada 6 September 2019.

Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan jam 4 pagi 14 Jun 2018.

 ?? ?? SAMIRAH
SAMIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia