Harian Metro

Tak boleh ikat jamin

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Seramai 14 individu termasuk dua wanita dan seorang warga Bangladesh yang menganggot­ai kumpulan jenayah terancang Geng Chandra didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, S Boharaj, 29; Milon Masud, 30; Mohd Azlisham Che Azmi, 38; Noor Wadia Aziz, 39; Mohd Fitri Odus, 39; Muhamad Fithri Mohamed Shafe, 41; Marzuki Osman, 42, dan S Puspakaran, 45.

Turut didakwa adalah CP Maria Prakit, 48; K Subramania­m dan Rosman Mohd Ismail masing-masing berusia 49 tahun; A Raymond, 51; A Santeran, 55, dan A Balasubram­aniam, 61.

Semua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan termasuk tujuh daripada mereka dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng

Chandra antara Januari 2016 hingga 12 Mac 2021 di Timur Laut di sini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut subseksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fakhrurazi Ahmad Salim, Saifuddin Rafaie dan Rohaiza Abdul Rahim manakala hanya tujuh daripada 14 tertuduh itu diwakili peguam.

Mereka ialah Mohd Fitri yang diwakili Khairul Fairuz Rahman manakala Ahmad Abdullah mewakili tertuduh Santeran, Maria Prakit, Subramania­m, Boharaj, Balasubram­aniam dan Raymond.

Peguam yang mewakili tertuduh itu kemudianny­a merayu supaya anak guam mereka dibenar ikat jamin namun permohonan itu ditolak mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 5 Ogos ini dan hakim mengarahka­n tertuduh yang tidak diwakili peguam segera melantik peguam.

Pada 24 Mei lalu, polis berjaya membongkar kumpulan jenayah terancang berkenaan menerusi Op Cantas Tanjung III.

 ?? ?? POLIS berjaya melumpuhka­n Geng Chandra menerusi Op Cantas Tanjung III pada Mei lalu.
POLIS berjaya melumpuhka­n Geng Chandra menerusi Op Cantas Tanjung III pada Mei lalu.
 ?? ?? ANGGOTA Geng Chandra dibawa ke mahkamah untuk dikenakan pertuduhan.
ANGGOTA Geng Chandra dibawa ke mahkamah untuk dikenakan pertuduhan.
 ?? ?? DUA wanita yang menganggot­ai Geng Chandra turut didakwa.
DUA wanita yang menganggot­ai Geng Chandra turut didakwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia