Harian Metro

Pasangan melecur rumah dijilat api

-

Kota Marudu: Sepasang sSuami isteri melecur ketika cuba menyelamat­kan diri dalam kebakaran yang memusnakan rumah mereka di Kampung Bombong 1, Jalan Semperita di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, Jaison Masiwol, 49, dan isterinya Julimah Sabia, 45, dilaporkan melecur pada bahagian badan akibat terkena api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 11.52 malam sebelum enam anggota dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitka­n sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar sepenuhnya dan dipadamkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Suami isteri yang melecur di bahagian badan dalam kebakaran itu kemudian dihantar ke Hospital Kota Marudu oleh pasukan bomba untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.mendapati Menurutnya, hasil maklumat awal kebakaran dipercayai bermula dari dapur yang turut menempatka­n bilik pasangan berkenaan.

“Kedua-dua mangsa hanya menyedari kebakaran berlaku selepas dikejutkan anak mereka yang turut berada di dalam rumah berkenaan.

“Kedua-dua mangsa bertindak meredah api untuk keluar dari rumah bagi menyelamat­kan diri menyebabka­n mereka turut terkena api,” katanya.

“Mangsa hanya menyedari kebakaran berlaku selepas dikejutkan anak Rony

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia