Harian Metro

12 juta pengguna

Kadar trafik di CIQ BSI, KSAB babit rakyat tempatan, asing sejak sempadan dibuka 1 April

- Oleh Izz Laily Hussein am@hmetro.com.my

Lebih 12 juta pengguna dilaporkan menggunaka­n laluan di kedua-dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) sejak sempadan negara menghubung­kan Johor Bahru dan Singapura dibuka pada 1 April lalu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah itu direkodkan sehingga 14 Jun lalu membabitka­n pengguna warganegar­a dan warga asing.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor melaporkan sejumlah 6.3 juta warganegar­a dan 2.3 juta warga asing menggunaka­n laluan CIQ BSI bermula April hingga 14 Jun lalu.

“Seramai 2.7 juta warga negara dan 704,000 warga asing pula melalui CIQ KSAB bagi tempoh yang sama.

“Untuk makluman, statistik purata masuk dan keluar warga Malaysia dan pengembara di CIQ BSI adalah seramai 138,000 orang sehari, manakala di CIQ KSAB pula adalah seramai 28,000 orang sejak pembukaan sempadan pada April lalu,” katanya ketika Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, semalam.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) yang memohon kerajaan negeri menerangka­n keadaan sempadan Malaysia-Singapura termasuk bilangan aliran orang di CIQ BSI dan CIQ KSAB sejak sempadan dibuka.

Menurutnya, secara keseluruha­nnya sebanyak 284 kaunter keluar dan masuk beroperasi di CIQ BSI dan 169 kaunter lagi di CIQ KSAB bagi memantapka­n lagi keberkesan­an perkhidmat­an di kedua-dua premis itu.

Katanya, kerajaan negeri sedar bahawa bilangan keluar dan masuk pengguna di kedua-dua CIQ terbabit mencatatka­n peningkata­n yang mendadak.

Oleh itu, beliau berkata, perbincang­an sudah dibuat dengan semua agensi bagi memastikan usaha dan komitmen yang lebih fokus, demi menjamin imej dan reputasi kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Sebagai contoh, beliau berkata, beberapa inisiatif akan dijalankan kerajaan negeri di CIQ BSI dengan sokongan pelbagai agensi di peringkat negeri dan Persekutua­n.

“Antara inisiatif yang kita lakukan setakat ini adalah lorong motosikal bakal ditambah kepada 75 lorong daripada 50 lorong dengan setiap satu disertakan kaunter hibrid.

“Di lorong kereta pula, kerajaan akan melaksanak­an sistem Single Loading Double Capacity bagi menjimatka­n masa pemandu di kaunter.

“Penggabung­an kemudahan Touch ‘n Go (TnG) di kaunter imigresen bagi laluan kereta sedang dilaksanak­an dan dijangka siap pada Februari 2023,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN laluan masuk dan keluar dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) BSI menuju Tambak Johor. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
KEADAAN laluan masuk dan keluar dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) BSI menuju Tambak Johor. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia