Harian Metro

Serangan tiada motif politik atau dendam

-

Georgetown: Serangan terhadap Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancanga­n Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo di hadapan sebuah restoran di Tanjung Bungah di sini, pada Jumaat lalu disahkan bukan bermotifka­n politik atau dendam.

Lelaki berkenaan yang juga warga asing berusia 60 tahun itu juga didapati tidak mengenali mangsa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa datang ke premis itu bersama keluarga masing-masing untuk makan malam sebelum mangsa diserang di tempat letak kereta di hadapan restoran terbabit.

“Suspek ditahan di kediamanny­a di sekitar daerah ini beberapa jam selepas insiden itu.

“Siasatan mendapati berlaku sedikit salah faham antara suspek dan mangsa sebelum insiden berkenaan,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan awal juga mendapati kemungkina­n besar suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berkenaan.

Katanya, polis turut menyiasat sekiranya terdapat kamera litar tertutup (CCTV) berhampira­n lokasi terbabit.

“Siasatan masih dijalankan namun kita boleh disahkan serangan itu tidak berunsurka­n jenayah atau dendam politik.

“Suspek yang ditahan reman selama dua hari sudah dibebaskan semalam atas jaminan polis,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat itu mengalami kecederaan pada pergelanga­n kaki dan kini dirawat di hospital swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia