Harian Metro

Tunggu hukuman kes Ng di AS

Sebutan kes berhubung penjualan nota sekuriti, bon RM28.61b milik 1MDB ditangguh sementara

-

Kes bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion (RM28.61 bilion) milik anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, ditangguhk­an sementara menunggu hukuman kes jenayahnya di Amerika Syarikat (AS) diputuskan pada 13 September ini.

Pada 8 April lalu, Ng didapati bersalah oleh mahkamah di AS kerana melakukan konspirasi menyelewen­g ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1MDB, bagaimanap­un hukuman terhadapny­a belum diputuskan.

Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir memaklumka­n kepada mahkamah bahawa perbicaraa­n kes jenayah dihadapi Ng di mahkamah AS sudah selesai dan proses hukuman akan dijalankan pada 13 September.

“Untuk makluman mahkamah, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) memohon penyerahan sementara tertuduh ke negara itu sehingga akhir Ogos ini. Saya pasti mereka (DoJ) akan memohon lanjutan tempoh penyerahan sementara memandangk­an proses hukuman pada September ini.

“Oleh itu, saya mohon tarikh sebutan kes pada 18 atau 19 Oktober ini untuk memaklumka­n

‘ Saya setuju dengan permohonan pendakwaan untuk tarikh sebutan itu bagi memaklumka­n tentang perkembang­an kes (di AS)”

Tan

kepada mahkamah tentang status terkini kes tertuduh (Ng) di Amerika Syarikat,” katanya pada pengurusan kes semalam.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Ng mengesahka­n mengenai tarikh hukuman itu dan memaklumka­n anak guamnya sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan juri di mahkamah di AS.

“Keputusan dicapai pada 8 April 2022 dan hakim di New York sudah tetapkan hukuman pada 13 September 2022. Saya setuju dengan permohonan pendakwaan untuk tarikh sebutan itu bagi memaklumka­n tentang perkembang­an kes (di AS),” katanya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan pengurusan kes pada 19 Oktober ini untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memaklumka­n status terkini kes dihadapi Ng di AS.

Pada 19 Disember 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurk­an fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail di sini antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013.

Pada 4 September 2021, pertuduhan terhadap Goldman Sachs Internatio­nal Ltd dan dua entitinya di Asia iaitu Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) digugurkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarka­n permohonan pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion.

 ?? ?? NG (tengah) ketika menghadiri perbicaraa­n di mahkamah di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat pada Februari lalu.
NG (tengah) ketika menghadiri perbicaraa­n di mahkamah di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat pada Februari lalu.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia